Sendiri...
Sup Ayam
Catatan hari sabtu, 20 Okt 2008.
Hari ni diorang balik ke Melaka. Maka tinggallah aku seorang diri dirumah. Sendiri dan terus sendiri. Mujurlah awal-awal lagi aku dah masak sup ayam special. Jadi kalau aku tertidur pun at least aku dah siapkan juadah untuk berbuka dan memang aku tertidur pun. Entah kenapa letih sangat badan ni. Macam dah 2 hari aku tak tidur. Tapi aku tenang sangat bila dapat tidur. Sedar-sedar je dah hampir jam 7. Mujurlah masih sempat lagi.
Selain tonton tv takde apa lagi yang aku lakukan. Itu pun nasib baiklah Ang reply mesej aku. Kalau tak mesti kebosanan tahap gaban aku dibuatnya. Seronok juga sekali sekala duduk seorang diri macam ni. Tiada gangguan, tiada fikirkan masalah, tiada kecoh-kecoh, tiada apa-apa. Cuma keamanan yang sejati. Pure loneliness. Macam berada di suatu tempat yang nyaman dan selesa.
07:22 | 1 Comments
Kekasihku diserang TB
kekasih aku
Alahai...sian awek aku tu. Dah beberapa minggu dia sakit. Hari tu pergi check doc kata ada masalah pada Gon Rod (btl kut ejaan tu). Kena buat operation kecil pada badan. Makin hari aku tengok sakitnya makin teruk. Aku betul-betul susah hati. Dah la nak raya ni. Takpe sayang...nanti kita balik sama-sama ye. Sayang tau kan kita akan tetap akan bersama walau apa pun terjadi. Nanti abang dapatkan khidmat doc paling pakar di JB yang juga adalah cousin abang sendiri. Insyaallah sayang akan sihat semula seperti dulu. Lepas tu kita boleh pergi picnic sama-sama. Lagi pun dah lama sangat kita tak pergi melancong bersama. Sabar ye sayang.
11:12 | 0 Comments
Macam-macam
Puasa, shoping & raya.
Hari ni masuk hari ke 18 kita berpuasa. Ada 12 hari lagi untuk ditempuhi. Sejak awal puasa baru sekali aku ke bazaar ramadhan. Itu pun pada 1 ramadhan ketika di kampung. Pelik? Takde apa yang pelik pun. Bagi aku ini salah satu cara untuk berjimat. Makan sekadar yang termampu dan seadanya. Pada tahun ini juga aku tak membeli sebarang persiapan untuk sambutan aidilfirtri. Tak seperti tahun lalu dimana aku setiap ahli family aku mendapat 1 barang dari aku. Tahun ni guna je la apa yang masih ada sebab masih lawa dan masih elok lagi. Come on guys, raya bukan tentang apa yang kita pakai dan apa yang kita ada. Tapi tentang apa yang telah kita korbankan. Korbankan lapar dan nafsu terutamanya.
Social.
Baru-baru ni aku ada ke Cheras Leisure Mall yang tak berapa nak jauh dari rumah. Waktu tu ada pertandingan ‘Kids Hip Hop Dance Competition’ atau Break Dance. Wow…….memang berbakat budak-budak ni. Namun kebanyakannya merupakan bangsa cina. Kemudian aku ke Ezy Video untuk jengah-jengah movie baru. Aku terpandang pada DVD Bleach episode 182-187. Sedang aku menimbang-nimbang sama ada untuk beli atau tak, datang seorang amoi promoter ni. Mungkin dia perasan aku macam berkira-kira lalu dia pun approach. Dia kata DVD tu baru je sampai semalam. Aku impress kerana aku sendiri rupanya tak perasan memang itu episode yang patut aku sambung tengok. Kemudian amoi tu kata ada free poster. Ha? Poster? Tanpa berkira lagi aku pun beli la….DVD yg aku beli & poster percuma
Dalam perjalanan balik ke rumah aku sedar tentang 1 perkara. Dah lama sangat rupanya aku tak keluar bersosial dan berseronok. Walaupun waktu itu aku hanya seorang diri tapi aku seronok. Aku rasa aku patut lakukan aktiviti ni selalu. KLCC dan Time Square pun dah lama benar aku tak jejakkan kaki. Yela dulu ada awek. Sekarang ni hidup sendiri maka kena la buat semuanya sendiri. Aku masih dalam perancangan untuk buat 1 aktiviti santai ke pantai atau ke air terjun. Aktiviti macam ni ramai-ramai baru seronok. Jadi aku sedang usahakannya melalui SUP4A Komuniti iaitu kumpulan reunion bekas rakan sekelas ketika belajar di politeknik dulu. Insyaallah perancangan ni akan dijayakan. Rancangan pada hujung minggu ni ialah ronda KL sambil membawa kamera digital dan SLR aku untuk cari shot-shot bagus. Mana la tau boleh submit ke competition ke. Dah lama aku tak petik kamera SLR aku tu.
Kalau ada yang nak join aku ronda-ronda KL boleh la hubungi hotline aku.
09:17 | 0 Comments
Salute to Zaid
Keratan Akhbar.
PUTRAJAYA - Datuk Zaid Ibrahim tetap dengan keputusannya untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri walaupun diminta oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memikirkannya semula.
“Saya ingin menegaskan saya bukan penat sehingga perlu bercuti seperti yang di syorkan Perdana Menteri tetapi saya sangat kecewa dengan kerajaan,” katanya pada sidang media khas semalam.
Zaid berkata, antara sebab peletakan jawatannya ialah kegagalan beliau memperkenalkan beberapa dasar baru dalam sistem perundangan selain kecewa dengan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang pada anggapannya sudah disalah gunakan.
Beliau melahirkan rasa tidak senangnya dengan langkah kerajaan menahan Exco Kerajaan Selangor dan juga Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng atas dakwaan mengancam keselamatan negara, Jumaat lalu.
Beliau turut mengakui menerima banyak tentangan bukan saja daripada rakan dalam Kabinet malah daripada ahli UMNO.
“Banyak desakan yang suruh saya letak jawatan dalam persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang kononnya saya bukan pejuang Melayu, pejuang bangsa dan pejuang Islam tetapi bagi saya bangsa Melayu akan lebih baik dengan dasar yang saya utamakan,” katanya.
Menjelaskan tindakannya meletakkan jawatan itu, Zaid berkata, beliau tidak mahu membebankan Perdana Menteri dengan permasalahan yang diwujudkannya kerana adalah lebih baik membiarkan Abdullah menyelesaikan isu-isu lain yang lebih penting terutama berhubung Perhimpunan Agung UMNO.
Pada awalnya, beliau menerima tawaran memegang jawatan itu dengan harapan untuk menukar beberapa dasar dan dapat melaksanakan undang-undang yang adil serta mengurangkan unsur-unsur salah guna kuasa.
“Sebagai menteri yang dikira menteri undang-undang, setiap perkara yang berkaitan dengan undang-undang, saya perlu bertanggungjawab,” katanya
Ketika di minta mengulas jika dirinya akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zaid berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan sama ada untuk meninggalkan UMNO atau menyertai PKR.
Selepas menghantar surat peletakan jawatan semalam, khabar angin tersebar luas bahawa Zaid mungkin menyertai PKR dalam masa terdekat.
11:11 | 0 Comments
Menguap..Huarrghhh......
Mengantuk betul hari ni. Mungkin sebab cuaca yang sejuk. Pagi tadi terlajak sahur. Sedar-sedar je dah waktu imsak. Apa boleh buat, nasib badan. Walau macam mana sekalipun kena la juga berpuasa kan. Asalkan kerja tak banyak tak apa la. Kalau kerja banyak hari ni habis la aku. Gerenti kepenatan punya. Apa pun cuba juga la bertahan.
07:35 | 0 Comments


