feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Wall E

Labels:


What if mankind had to leave Earth and somebody forgot to turn the last robot off? WALL-E, a robot, spends every day doing what he was made for. But soon, he will discover what he was meant for. From Academy Award-winning writer-director, Andrew Stanton ("Finding Nemo"), Disney-Pixar's "WALL-E" is the story of one robot's comic adventures as he chases his dream across the galaxy.

Release Date 14 August 2008
Language English
Classification U
Running Time 1 hour 40 minutes
Director Andrew Stanton
Cast Jeff Garlin, Benjamin Burtt, Fred Willard.

(Source: Cinema Online)

View the site HERE



New Mazda

Labels:

















Medical Report.





Kisah balik kampung

shot 1 : Inilah kampungku
8 Ogos yang lalu aku telah balik ke kampung kerana ada majlis tahlil pada esok harinya. Hanya ahli keluarga terdekat sahaja dijemput untuk jamuan makan. Bacaan Yasin & tahlil dilakukan kami sekeluarga dengan ayah sebagai ketuanya. Malam itu semua yang ada dijamu dengan hidangan istimewa nasi putih berlauk sambal udang (pedasss....), kurma kambing (feveret aku), ayam kampung masak kicap, sayur campur & sedikit kuih. Malam tu memang aku makan dengan sepuasnya apatah lagi bila dapat menyedut sumsum dari tulang kambing tu. Memang syiok habis. Sebenarnya pada hari tu ayah bekerja shift petang. Tapi dia tetap balik semata-mata ingin luang masa bersama keluarga. Apa taknya, dah lama benar kami semua tak berkumpul. Kali terakhir pun pada bulan April yang lalu ketika majlis akikah Ira anak buah aku.

Selesai majlis kami pun duduk berborak diluar rumah. Lama juga berborak sampai tak sedar waktu dah tengah malam. Lepas kemas apa-apa yang patut mereka pun masuk tidur. Cuma aku je yang belum nak tidur dan sibuk surf internet.

shoot 2 : Buah rambutan yang dipetik
Pada ahadnya projek memetik rambutan pun bermula. Tapi bukan buahnya saje yang dipetik malah dahan dan ranting pokok turut aku potong supaya akan tumbuh putik yang baru. Semut tak perlu cakap la memang banyak. Nasib baik tak masuk seluar. Anak-beranak mengerjakan pokok rambutan di depan dan belakang rumah. Rambutan kat rumah aku ni bermusim. Setahun dia lebat dan setahun dia tak lebat. Macam bulan Februari yang ada tarikh 29 haribulan.
shoot 3 : Pokok rambutan di belakang rumah.

shoot 4 : Aku yang sedang berehat ketika memotong pokok rambutan

shoot 5 : Nasi lemak yang mak masak
Hari Isnin pagi sebelum berangkat ke KL aku masih sempat merasakan nasi lemak yang mak sediakan. Dah lama benar rasanya tidak rasa kesedapan sambal & nasi lemak ni. Aku sendiri tak ingat bila kali terakhir aku makan nasi lemak ni. Pagi tu juga mak menghidangkan kuih nagasari. Malangnya aku tak sempat nak merasa kuih tu. Lagi pun kuih nagasari ni aku makan kalau nak aje. Tak pasti bila lagi aku akan balik ke kampung. Ramadhan pun dah tak lama je lagi. Nampaknya syawal la baru balik lagi. Ada lagi kesempatan nak merasa rendang mak pula.




Segalaya tentang duit...!


Sejak kebelakangan ini duit menjadi satu permasalahan besar dalam hidup aku. Terlalu banyak yang perlu dijelaskan berbanding dengan apa yang ada di dalam akaun aku. Dimana silapnya? Jawapannya mudah, HUTANG! Adakalanya aku terfikir juga kenapa hidup ini perlu berhutang? Beli rumah,kereta,motor semuanya berhutang. Apa logiknya keperluan berhutang ni? Aku sendiri tidak mampu untuk menjawab persoalan itu.

Setelah dikira-kira jumlah liabiliti aku mencecah RM30 680.62 yang memerlukan aku untuk lakukan sesuatu untuk menghapuskannya. Tidak dinafikan sesungguhnya pengurusan kewangan amat penting dalam kehidupan kita. Jika kita gagal mengurus kewangan kita dengan baik maka susahlah jadinya kehidupan kita.

Baru-baru ini rancangan 360 di TV3 ada memaparkan kisah pemberi pinjaman (Ah Long). Aku tidak pernah lagi berhadapan dengan mereka ni. Sebilangan masyarakat membuat pinjaman dari Ah Long kerana syaratnya yang mudah dan kelulusan segera. Namun disebalik kemudahan itu terselit faedah bayaran balik yang amat tinggi. Tidak dinafikan ada yang mampu membayar balik pinjaman itu mengikut dalam tempoh tertentu tetapi kebanyakannya berakhir dengan lebih bebanan hutang.

Dimana silapnya? Jawapannya ialah diri sendiri. Kita tidak dididik dengan topik pengurusan kewangan dalam sistem pembelajaran. Sebenarnya terlalu banyak kepincangan dalam sistem pendidikan negara kita. Kalau aku buat post mortem yang mendalam tentunya blog ini akan jadi berjela-jela.

Apa pun yang berlaku kita haruslah cuba untuk mengawal perbelanjaan harian kita. Aku sendiri sedang dalam usaha menyekat perbelanjaan yang tiak perlu. Insyaallah dalam beberapa bulan lagi penyata kewangan aku akan lebih teratur. Nasihat aku untuk diri sendiri dan kawan-kawan, seboleh-bolehnya jangan la menggunakan jalan pintas dengan meminjam dari Ah Long. Kesannya bukan sahaja pada diri kita tetapi pada orang di sekeliling kita. Kasihani isteri & anak-anak yang tidak bersalah.



English Premier League

free download

Here In My Home

free download