feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Jamuan sebelum bermulanya Ramadhan (di Office)

Jumaat yang lalu office aku adakan jamuan sebelum bermulanya Ramadhan pada awal September nanti. Bukan semua dijemput. Cuma staff di bahagian Pendaftaran sahaja. Setiap orang membawa atau membeli menu yang telah dipersetujui seminggu yang lalu. Memang sedap masakan mereka ni. Aku sampai menambah nasi.

Mari tengok apa menu yang ada untuk hari ini. Bukan selalu dapat merasa masakan kampung. Masak dirumah pula tu.

Terung masak lemak ikan masin

Kuih agar-agar

Buah oren sunkist

Kordial laici

Tangan-tangan yang tak sabar mencedok lauk

Ulam mesti ada

Sayur campur

Sambal belacan gombak

Kari daging special




Busy with work?


Assalammualaikum & salam sejahtera.

Minggu ni aku tak dapt nak posting cerita sendiri. Aku terlalu sibuk dengan tugas-tugas di pejabat. Insyaallah minggu hadapan aku akan post cerita ketika di kampung. Sebelum aku balik ingin aku bertanya kepada kawan-kawan wanita aku. Jika suatu hari nanti aku mempunyai seorang kekasih yang bukan salah seorang dari kalian adakah kalian masih akan tetap menjadi kawan aku selagi salah seorang dari kita tidak berkahwin? Tiba-tiba aku terfikir pula nak tanya soalan pelik macam ni. Okaylah badan aku pun dah penat. Dari pagi aku kerja tanpa curi tulang. Syoknya kalau dapat urut. Esok nak lalui 1 lagi hari yang sibuk. Kepada kawan-kawan dari seorang kawan, jaga diri baik-baik.



Pendakwaan DSAI

Hari kes liwat DSAI dibacakan pertuduhannya di Mahkamah Seksyen Jenayah 1, Komplek Mahkamah Kuala Lumpur. Ramai betul orang hari ni sampai nak masuk kerja pun terpaksa tunjuk ID pada Polisial. Apa kejadahnya nak masuk kerja pun kena tunjuk ID pada polisial. Di bawah ni ada sebahagian rakaman yang dibuat oleh jurukamera tidak profesional dan tidak bertauliah (sebab rakam guna handphone). Kualiti gambar mungkin kurang baik.







Siri best terbaru

Labels:

After the death of her mother, Marissa found out that she was actually adopted. Curious by these weird dreams that she’s been having, she wanted to find her real family. But after finding them, she was troubled by a family mystery that was kept secret from her. Burden by all these questions of her existence and why the women of her family was not allowed to wed was answered when the scary truth was finally revealed.

Cast: Emelda Rosmila, Fizz Fairuz, Umie Aida, Hairie Othman, Kuza
Director: Kabir Bhatia






Family Reunion

Alhamdulillah selesai juga majlis tahlil semalam.  Entah sudah berapa lama agaknya aku tak balik ke kampung.  Rasanya kali terakhir pada bulan Mac.  Sekali lagi kami sekeluarga dapat berkumpul dan berbual mesra.  Solat maghrib berjemaah.  Baca Surah Yasin dan tahlil bersama.  Kemudian makan malam bersama.


Aku dapat lihat kegembiraan di wajah mak dan ayah apabila semua anak mereka dapat kumpul bersama.  Paling seronok apabila masih berpeluang merasa masakan mak yang sememangnya sedap.  Menu yang istimewa ialah sambal udang dan kurma kambing.  Ada juga ayam kampung masak kicap dan so'on.  Daging kambing memang kegemaran aku sejak dulu.  Salah satu daging paling sedap didunia ni.

Selepas menjamu tetamu yang hadir (sedara-mara terdekat je) kami lepak berbual di luar rumah sambil menikmati angin malam yang dingin.  Banyak juga topik menarik yang kami bualkan sampai tidak sedar waktu sudah pun tengah malam.  Setelah kemas apa yang patut mereka semua masuk tidur.  Hanya aku je yang belum tidur lagi walaupun jam sudah menunjukkan pukul 2.45 pagi.

Ini juga merupakan antara hari yang terindah dalam hidup aku.  Setiap tahun pada bulan ini kami akan lakukan rutin yang sama.  Tahlil yang dibuat ditujukan khas untuk allahyarham atuk dan allahyarhamah nyai dan embah.  Selebihnya untuk sekalian umat muslimin dan muslimat.

Aku bersyukur kerana mempunyai keluarga yang bahagia.  Kurniaan yang tak ternilai dari Allah terhadap aku.  Pemergian 'dia' dulu tidak sedikitpun mampu memisahkan aku dengan keluarga bahagia ini.  Biar apa sekali pun tanggapan orang terhadap aku, aku masih mempunyai keluarga yang sentiasa berada di belakang memberi sokongan.  

Sekali lagi aku ulang, siapa kata hidup aku tak bahagia?  Adakah dengan mempunyai kekasih hidup sudah cukup bahagia?  Kesunyian dan kesepian tanpa kasih sayang keluarga lebih malang dari kehilangan seorang kekasih.  Kepada insan yang berkata aku sepi tu, cerminlah dirimu.  Apa yang aku ada tapi tiada pada dirimu.  Mungkin kehidupan aku tidak sesempurna yang aku inginkan.  Tapi sekurangnya lebih baik dari hidupmu.




English Premier League

free download

Here In My Home

free download