feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Reunion stands for what?

Hari ini aku terima email dari Emilia Ameera. Marah pada aku dan dakwa aku mengutuk dan tidak support pada plan reunion yang sedang mereka usahakan. Aku tidak support? So what the hell yang ada kat sidebar aku ni? Lepas aku dapat tahu tentang plan ni terus aku posted dalam sidebar sebagai pengumuman. Inikah namanya yang aku ni tidak supportive? Ada aku kutuk apa-apa ke tentang plan ni dalam blog?

Come on lah FRIEND. Don't talk about adultry with me. Aku percaya tidak pernah seorang pun dari kalian pernah membaca blog ni. Mungkin teknologi masih belum memberi ruang yang secukupnya kepada kalian.

Reunion = Perjumpaan kembali. Jelas maksudnya dan seharusnya melibatkan semua orang. Aku tak tahu apa yang kalian fikirkan. Betul memang amat sukar untuk kita semua berkumpul kembali seperti dulu. Tapi untuk mencapai matlamat kepada reunion tu perlulah lengkap segala isunya. Tidak kisah la sama ada ia dibuat secara sederhana atau besar-besaran. Maklumat yang tidak jelas akan menimbulkan tanda tanya dan salah faham.

Apa pun aku ucapkan tahniah kepada mereka yang berusaha merapatkan kembali hubungan persaudaraan yang telah lama renggang. Aku doakan semoga perancangan kalian ini akan berjaya. Aku juga berharap kawan-kawan aku yang lain yang telah sama-sama menimba ilmu di PJB supaya dapat melupakan segala kesilapan lalu dan bersama-sama menjayakan program ini. Insyaallah.



Mailbox : KJ?

Sejauh mana kebenaran dakwaan dibawah aku sendiri tidak pasti. Lagi pun sekarang ni terlalu banyak fitnah yang tersebar. Namun kita sebagai manusia harus menggunakan akal untuk menilai sama ada sesuatu perkara itu nyata atau tidak. Terpulang kepada diri masing-masing untuk percaya atau tidak.

'Untuk kenaikan harga minyak kali ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos. Tahukah anda, Pos Malaysia adalah milik ECM-LIBRA, dan ECM-Libra adalah milik Khairi Jamaluddin menantu Pak Lah. Perancang strategik Pak Lah dari tingkat 4.



Bayangkan duit yg masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yg dibayar sbg subsidi.. 10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos. Maknanya ada 6 juta kenderaan di malaysia dan setiap kenderaan akan dapat subsidi Rm 620, iaitu RM 6.20 komisen kepada Khairi. Untuk
setiap kenderaan RM 6.20 X 6 Juta kenderaan = RM 37 200 000 setiap tahun.


Itu tidak termasuk bayaran setiap bulan terhadap VESEL dan Nelayan, juga menggunakan wang pos.

' Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan. Bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam negara. 'Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Kabinet juga telah memutuskan pengusaha bot penumpang sungai akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan,' kata Abdullah.'

Figure2 di atas tidak termasuk 'Berapa bilion wang kerajaan akan menjadi simpanan tetap di Pos Malaysia dan berapa untung Pos Malaysia memperniagakan wang itu dengan keuntungan yang didepositkan ke tempat lain.'



Hujung Minggu Yang Bosan

28 Jun 2008, 12.30am (mengikut jam di laptop)

Biasanya pada waktu-waktu begini aku telah jauh memandu melihat kehidupan malam di sekitar Kuala Lumpur. Masuk Jalan Chow Kit, Lorong Haji Taib, Bukit Bintang dan sekitar Ampang. Jalan-jalan cari ketenangan kata orang. Pada waktu itu kehidupan bujang yang cuba mencari erti sebuah kehidupan yang sebenarnya. Tidak kisah tentang wanita mahu pun tentang percintaan.

Malam ini, aku masih keseorangan di dalam bilik yang cukup luasnya untuk aku berehat. Tiada destinasi untuk ditujui. Tiada aktiviti untuk dilakukan. Tiada sesiapa untuk menemani kesepianku. Fikiran jadi mati bila duduk bersendiri. Untuk mencari idea pun perlu mendapat pandangan dari orang lain. sekurang-kurangnya dari teman berbual.

Kalau diikutkan hati hendak sahaja aku keluar walaupun sendiri. Tapi kemana pula hendak aku tujui? Tidak ada maknanya memandu seorang diri melihat kehidupan malam Kuala Lumpur. Aku hanya akan berakhir dengan kebosanan dan mengantuk ketika memandu.

Awek? Haha…mana ada awek. Walaupun ramai gadis cantik di pangsapuri ni tapi tidak memberi apa-apa pengertian jika bukan milik aku pun. Daya memikat aku tidak seperti dulu. Mungkin kesan dari kisah putusnya percintaan lalu. Bukan aku tidak ingin mendekati atau cuba memikat tapi tahap keseganan melebihi dari apa yang aku sangkakan. Mungkin juga kerana sifat merendah diri aku yang sejak akhir-akhir ini sering aku ucapkan.

Kenapa aku bosan? Aku sendiri tidak ada jawapan yang pasti. Kalau di JB ada juga tempat yang boleh aku pergi. Tapi di KL ni ke mana aje yang dapat aku jejak. Mungkin dah tiba masanya untuk aku cuba menjadi seperti dulu. Menjadi seperti sudin. Perlukah?





Today best part.

Hari ini aku melayari beberapa blog site yang aku rasa amat menarik untuk dibaca dan dijadikan teladan. Sebahagian link aku telah tambah di sini. So, have fun.



Blog : Adakah satu ancaman?

Rakyat Malaysia sedia maklum tentang penahanan Raja Pertra di atas kenyataan yang dibuatnya di dalam blog rasmi beliau www.malaysia.net berkaitan beberapa isu yang menyentuh keadaan politik negara.

Bertindak dari keadaan itu, PDRM pula mengeluarkan kenyataan bahawa blogger boleh ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Jika didapati terdapat unsur-unsur ancaman terhadap negara (ahli politik).

Benarkah blogger kini telah menjadi ancaman terhadap negara? Mungkinkah blogger dianggap sebagai satu bentuk reformasi moden yang mampu mengubah keadaan politik Malaysia? Atau hakikatnya blogger kini menjadi teras kepada kebangkitan rakyat menentang kepimpinan kerajaan mentadbir yang sudah dianggap tersimpang jauh dari landasan asasnya?

Apa pun tuduhan dan pandangan yang dilontarkan kepada blogger, hanya masyarakat yang terlibat dengan blog sahaja yang mengetahui sejauh kebenaran tuduhan itu. Rakyat Malaysia kini semakin bijak menilai dan berpandangan dengan jauh. Inilah kesan daripada dasar kerajaan yang telah mempertingkatkan sistem pendidikan negara yang kini secara tanpa sedar ditentang oleh mereka sendiri. Jelas bukan.

Kematangan corak pemikiran rakyat kini lebih baik jika dibandingkan dengan 50 tahun yang lalu. Mereka inilah yang akan membawa 1 lagi pembaharuan negara seperti apa yang pernah kita lalui ketika era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kita telah didedahkan bahawa majoriti media cetak dan media elektronik dikawal oleh pihak kerajaan tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilaporkan kepada rakyat. Ini jelas menunjukkan bahawa adanya kepincangan dalam pentadbiran negara. Tidak perlu disentuh hal-hal yang sememangnya rahsia kerajaan. Apa yang berlaku ialah kerajaan sering menyatakan keadaan yang sebaliknya dari kejadian sebenar.

Mungkin penahanan Raja Petra cuma merupakan satu peringatan kepada blogger yang lain tapi hakikatnya blogger ini lebih kental dari barisan hadapan perang. Mereka (termasuk aku) tidak takut untuk menyebarkan kebenaran.

Jika dikaji dengan teliti, blog telah menjadi penghubung kepada asas perpaduan Melayu yang kini menentang UMNO dalam diam. Ia seperti 1 pergerakan gerila yang menjalankan aktiviti secara bawah tanah (underground). Mengikut sejarah, pergerakan gerila dalam peperangan sebenar mampu menyekat kemaraan pihak musuh dan sekaligus menumpaskan mereka. (macam dalam cerita Black Hawk Down).

Jadi, adakah benar blogger masih dianggap ancaman? Kepada ahli politik yang menerima rasuah dan korupsi mungkin iya. Tetapi kepada rakyat, mereka inilah yang akan memegang panji-panji kelak. Mereka ini jugalah yang suatu hari nanti bakal menjadi pemimpin negara (yang mungkin juga akan ditentang pada ketika itu).

Secara dasarnya, blog adalah suara rakyat yang bebas menyuarakan apa sahaja walaupun tidak secara terus terhadap kerajaan, negara mahu pun ahli politik dan sebarang isu yang berkaitan Malaysia. Jika kebebasan bersuara ini juga disekat (seperti yang terjadi kepada media cetak & elektronik) adalah tidak mustahil Malaysia akan sering dihujani pemprotes jalanan yang jelas memudaratkan ekonomi dan kestabilan negara.

Sepatutnya kerajaan menerima blogger ini seperti wakil rakyat. Mereka tidak sahaja menyatakan pandangan peribadi malah lebih kepada apa yang dikongsi, dilapor dan diterima dari masyarakat. Bukankah lebih elok jika blog dijadikan sebagai 1 elemen mendekati rakyat? Kenapa kerajaan tidak mampu memikirkan idea ini? (mungkin kerana terlalu sibuk mengira elaun bulanan yang tak habis2).

Ramai menjangkakan kerajaan yang ada kini bakal tumbang pada pilihanraya yang akan datang. Ia tidak mustahil dan ia seperti benar-benar akan berlaku berdasarkan pada keadaan sekarang. Ingin saya pertahankan disini, kami blogger bukanlah ancaman kepada sesiapa. Kami adalah rakyat yang ingin kebebasan bersuara untuk sama-sama berusaha memajukan negara.

"Blogging is not a dirty word. It's a very sexy world. We need to be free to express what we feel" - Afdhlin Shauki-




English Premier League

free download

Here In My Home

free download