feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

My Business Partner

Bekas Guru Ceburi Tanaman Nanas

 Nama : Hamzah Bin Pandi
Umur : 45 tahun
No Tel :
Alamat Kediaman :
Keluasan Kebun : 100 ekar (Merupakan Projek Angkat MoA Inc)
Tapak Semaian Sendiri : Kepadatan 150,000 pokok/ekar anak benih nanas (anak benih dari Spg Renggam)
Keluasan Yang Bertanam : 25 ekar (17,000 pokok/ekar)
Lokasi Kebun : Tanjong Karang, Selangor
Pemilikan Tanah : Sewa tanah milik PKPS, RM2,400.00 sebulan
Jenis Nanas Ditanam : N36 dan gandol
Bilangan Pekerja : 4 orang
Pasaran Hasil : Kontrak dengan SPL (Syarikat Pemasaran Ladang) yang merupakan anak syarikat PKPS
Perancangan Masa Depan : Meningkatkan keluasan 1000 ekar dalam masa 5 tahun berhasrat untuk mengeksport nanas ke luar negara.
Tidak ramai yang sanggup meniggalkan kerjaya tetap yang disandang hampir 20 tahun lamanya semata-mata untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian. Namun bagi Hamzah Pandi, tindakan nekadnya untuk meletak jawatan sebagai guru dan mengusahakan ladang nanas sepenuh masa sedikit pun tidak pernah mendatangkan kesal kepadanya. Bekas guru di Sekolah Kebangsaan Tanjung Karang, Selangor ini sebaliknya begitu yakin. Rezeki yang lebih bakal menantinya berkat berbudi kepada tanah meski pun belum lagi membuahkan hasil dan baru diusahakan.

Membuka cerita Hamzah berkata, apa yang mendorong nekadnya menjadi pengusaha ladang nanas ialah kerana keinginan yang tinggi untuk berbudi pada tanah selain memikirkan sektor pertanian ketika ini mendapat perhatian penuh daripada kerajaan. Projek nanas pula katanya, dipilih memandangkan kawasan tanah yang dibangunkannya iaitu Mukim Ulu Tinggi, Batang Berjuntai merupakan kawasan paling sesuai untuk projek pertanian tersebut. Ini kerana, selain tanahnya yang subur ekoran kejadian pembakaran hutan secara tidak sengaja yang berlaku saban tahun, kasawan ini juga menerima taburan cahaya matahari yang tinggi iaitu faktor alam yang paling sesuai untuk mendapatkan nanas yang berkualiti tinggi. Di samping itu, tanah di kawasan ini juga adalah dari jenis gambut sekunder dan merupakan bekas kawasan hutan primer yang terdiri daripada sisa-sisa kayu kelas dua hingga empat.

"Ia juga sedikit berair berpunca daripada beberapa lombong dan tasil yang mengelilinginya dengan purata suhu diantara 24 hingga 30 darjah Celsius," katanya ketika ditemui di ladangnya, baru-baru ini.

Memulakan projek awal tahun ini, Hamzah memilih nanas daripada varieti N36 dan diusahakan secara kontrak perladangan dengan Syarikat Pengurusan Ladang Sdn Bhd. (SPLSB) iaitu anak syarikat penuh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor(PKPS). Penanaman pusingan pertama telah dijalankan pada Februari lalu di atas tanah seluas lapan hektar namun sehingga kini, kira-kira 30 hektar tanah daripada 40 hektar keluasan tanah peringkat pertama telah diusahakan. Sebanyak 80 hektar lagi tanah akan diusahakan secara berperingkat-peringkat sepanjang tahun ini dan awal tahun hadapan di atas tanah milik PKPS itu yang disewa pada kadar RM2,400 seekar setahun.

Anak benih nanas pada peringkat pertama mula dibekalkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia(LPNM) pada harga 10 sen setiap satu sulur. Menurut Hamzah, antara sebab mengapa beliau memilih projek penanaman nanas untuk diusakan juga adalah kerana ia tidak memerlukan kerja-kerja penjagaan yang rumit sama ada dari sudut pembajaan atau pengairan. Tanaman nanas juga jarang diserang penyakit sekaligus meningkatkan hasil keluarannya.

"Saya juga bertuah kerana LPNM banyak membantu dalam projek ini termasuk dari sudut teknikal seperti membekalkan baja dan racun selain tunjuk ajar mengenai kaedah-kaedah penanaman nanas yang baik," ujar Hamzah.

Menggunakan modal sendiri berjumlah RM100,000 LPKM juga menurut Hamzah turut memberikan bantuan sebanyak kira-kira rm2,400 dalam bentuk bantuan infrastruktur bagi setiap 0.4 hektar (satu ekar). Ia termasuk sebanyak RM1,700 jumlah bantuan yang diberikan menerusi bekalan anak benih manakala selebihnya dalam bentuk baja, racun dan hormon selain kos kerja-kerja pembersihan untuk membuka ladang.

Memandangkan projek yang sedang diusahakan ketika ini adalah peringkat pertama dan dimulakan awal tahun ini, Hamzah menjangkakan akan menuai hasil selewat-lewatnya awal tahun depan. Ia mengambil kira jangka masa untuk pokok nanas matang dan mengeluarkan buah yang manis dan berkuaiti tinggi. Ketika ini purata seekar tanah ditanam dengan kira-kira 15,000 hingga 17,000 anak pokok dan mengambil kira-kira harga pasaran iaitu RM1 hingga RM1.50 sekilo, Hamzah mampu menjana pendapatan sehingga RM30,000 bagi setiap ekar yang diusahakannya. Malah, beliau juga tidak perlu risau mengenai pasaran memandangkan kesemua hasil tanamannya akan dipasarkan secara perladangan kontrak untuk projek pengeluaran salad buah-buahan yang dikendalikan olah PKPS Agro Industri Sdn Bhd yang terletak di Pahang.

Selain untuk projek tanaman, empat hektar tanah juga diperuntukkan untuk menghasilkan anak benih sendiri daripada batang nanas yang telah dituai iaitu salah satu kaedah yang dipelajarinya di LPNM. Anak benih itu amat penting bukan sahaja bagi memastikan projek tanamannya berterusan sepanjang masa malah ia juga boleh dijual kepada pengusaha lain.

"Memandangkan projek ini adalah antara projek yang terbesar di Selangor, ia mendapat perhatian Kementerian Pertanian dan dijangkakan akan menjadi projek angkat dibawah Kementerian Pertanian Diperbadankan MoA Inc," ujar Hamzah.

Sebagai perancangan masa depan; Hamzah turut memohon pinjaman kewangan dengan Bank Pertanian Malaysia berjumlah RM500,000 bagi memperluaskan lagi projek penanamannya. Ia bagi memastikan sasarannya untuk membuka sehingga 40 hektar ladang nanas di kawasan yang sama dalam masa lima tahun akan datang berjaya di capai.





0 comments:

Post a Comment

English Premier League

free download

Here In My Home

free download