feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Baca, renung & fikirkanlah.

Labels: ,

Untuk renungan kita bersama. Kalau rasa nak reply, bleh jawab di ruangan komen.

  1. Kenapa kita selalu nampak kesalahan orang lain tapi tidak pula pada kesalahan sendiri?
  2. Kita ingin diri kita dibantu tapi pernahkah kita membantu orang tanpa dipinta dan tanpa dibalas?
  3. Kita impikan kehidupan yang senang tapi apakah usaha-usaha yang telah kita lakukan?
  4. Apabila kita melakukan sesuatu, siapakah yang seharusnya merestui kita?
  5. Sehingga kini, apakah yang telah kita sumbangkan terhadap kedua ibu bapa, keluarga serta masyarakat?
  6. Sehingga hari ini, apakah yang telah kita capai untuk diri kita sendiri?
  7. Sejauh manalah kita mengenali diri kita sendiri?




@ night

Labels: ,

Sudah terlalu lama aku meninggalkan ruang coretanku ini. Aku lakukan ini dengan sengaja kerana wujudnya anasir-anasir yang menyerupai zionis di persekitaran aku yang membuatkan aku lebih rela mendiamkan diri. Kalau diikutkan hati sudah lama perbuatan-perbuatan zionis melayu ni aku kutuk di ruangan ini tetapi memandangkan keadaan yang kurang sesuai maka aku bersikap idle sementara waktu. Lagi pula aku harus kumpulkan bukti yang kukuh bagi menyokong surat aduan aku kelak.

Kadang-kadang aku tak paham la dengan sikap manusia ni. Nak dikata bodoh, belajar tinggi-tinggi. Nak dikata pandai, melakukan perbuatan yang bodoh pulak. Entah mana satu la yang betul. Adakalanya manusia ni akan merasakan dirinya betul padahal pada hakikatnya tidak pun. Kalo boleh ditegur tak apa la juga. Ini nak ikut kepala hotak sendiri jerk. Agaknya memang perangai keturunan kot. Nanti anak-anak pun perangai sama jer macam dia.

Subuh semalam aku dapat berita yang menyedihkan. Sahabat aku Shahril kehilangan ayahnya keran sakit jantung. Dikebumikan di Labu, Seremban jam 11am. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.

Macam itulah kehidupan kita ni. Sampai masanya kita semua akan kembali kepada yang Maha Pencipta. Bila, dimana, bagaimana kita sendiri pun tidak akan tau. Sebab tu la kita ni harus sentiasa melakukan kebaikan. Harus sentiasa memaafkan. Harus sentiasa memberi maaf. Harus sentiasa bertaubat. Jangan kelak mati dalam keadaan yang tercela. Orang yang beriman sentiasa menggunakan akalnya manakala orang yang kurang beriman ni sentiasa menggunakan nafsunya. Fikir-fikirkanlah.

Ok, setakat ni je coretan aku kali ni. Aku pun ada benda nak buat ni. Time for game haha....




Shame On Us







Ex-SMPG(1) Class of 1999 Reunion - The Gathering Ever

Labels: ,

PENGUMUMAN PENTING

Satu perbincangan singkat telah diadakan pada 29 Ogos 2009 di laman FaceBook mengenai tajuk di atas. Walaupun begitu sebarang persetujuan mengenai perkara ini belum diputuskan selain dari melantik aku sebagai orang yang bertanggungjawab menguruskan perkara ini. Atas dasar itu anda semua yang berkenaan adalah dikehendaki menyampaikan cadangan dan usul secara ringkas ke alamat email aku fightforblood@yahoo.com atau emailkan ke inbox FaceBook aku atau hubungi aku di talian panas 0129062980 atau YM je aku.

Segala cadangan dan usul mestilah berdasarkan kriteria-kriteria di bawah.

  • tarikh antara 27 November 2009 hingga 11 Disember 2009
  • tempat sekitar Pasir Gudang sahaja
  • pelaksanaa program mesti ambil kira pada yang sudah berkeluarga
  • jumlah penyertaan tidak terhad (boleh bawa sesiapa sahaja)
  • diadakan pada waktu siang seeloknya lunch time
  • jemputan kehormat adalah cikgu-cikgu termasuk bekas cikgu
  • pelantikan ajk melalui cabutan undi
Sila sampaikan cadangan dan usul sebelum 10 Oktober 2009 bagi mengelakkan perancangan kelam kabut. Pengumuman ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.




Dosa seorang PEREMPUAN

Labels:

Sudah 3 tahun berlalu sejak aku cuba melupakan saat-saat terburuk dalam kehidupan aku. Manusia-manusia yang berkaitan juga telah cuba aku singkirkan dari memori yang tidak ingin aku simpan. Ternyata, untuk melupakan sesuatu yang amat memberi kesan pada diri kita bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih berat lagi apabila kisah silam itu sering dengan sengajanya datang mengganggu atas tujuan yang aku sendiri tidak mengerti saat ini. Ini kisah tentang seorang PEREMPUAN yang merupakan antara pemberi impact yang besar pada diri aku.

PEREMPUAN ini adalah salah seorang yang pernah menjadi awek aku ketika di kolej dulu. Pada asalnya aku melihat dia sebagai seorang yang baik sehinggalah apabila dia cuba menyingkirkan satu-satunya insan yang paling aku cintai suatu ketika dulu.

Hubungan yang tidak berpanjangan ini akhirnya membawa kepada ikatan hanya sebagai kawan dan teman walaupun hakikatnya masih ada secebis rasa sayang di dalam diri masing-masing. Namun pun begitu ikatan ini tidak membawa kami menjadi kawan yang baik. Sering berlaku perselisihan faham dan pertengkaran. Sehinggalah dia bertunang dengan lelaki yang dia katakan menjadi pilihan hidupnya.

Pada masa itu aku sangkakan segalanya telah menjadi lebih baik. Tapi ternyata aku silap. PEREMPUAN ini masih lagi dengan cara yang jelik mengganggu kehidupan aku sehinggakan aku terpaksa melepaskan pergi wanita-wanita yang cuba berdampingan dengan aku demi untuk melindungi mereka dari gangguan kisah silam aku.

Untuk beberapa ketika aku melihat keadaan bertambah baik bagi kehidupan aku. Tapi bukan untuk PEREMPUAN ini. Hidupnya semakin jauh menyimpang sehinggakan aku sendiri pun tak tau apa jenis PEREMPUAN dia ni. PEREMPUAN yang sudah bertunang ini sepatutnya menjaga maruah diri sebagai tunangan orang dan sepatutnya menjaga nama baik tunangannya itu. Tapi apa yang berlaku?

PEREMPUAN ini yang berjauhan dengan tunangannya telah berlaku curang dan membuat onar di belakang tunangannya yang setia. Entah sudah berapa ramai lelaki yang digoda hatinya. Lebih menyedihkan lagi apabila dia sendiri menjalin hubungan dengan lelaki yang juga merupakan tunangan orang. Lelaki-lelaki yang bodoh ini dan diperbodohkan ini pula percaya bahawa PEREMPUAN ini adalah perempuan yang baik yang nyata lagi terang disuluh sebenarnya adalah seperti PEREMPUAN JALANG.

PEREMPUAN ini dengan jelas dan nyata bercumbuan dengan lelaki lain di dalam kereta di depan mata aku sendiri. Perempuan jenis apakah ini? Sekiranya isu ini aku bangkitkan di SIM sudah tentu berjela-jela kutukan dilemparkan kepada PEREMPUAN yang curang ini. Sungguh kelakar pula apabila PEREMPUAN cuba memperdebatkan isu dosa dan pahala kepada aku sedangkan dia sendiri melakukan kemaksiatan di khalayak ramai.

Aku menulis di blog ini dengan keadaan yang amat kecewa. Aku bersyukur kerana hubungan kami tidak menjadi. Kalau tidak, mungkin aku juga merupakan antara lelaki dayus dan bodoh yang selalu diperbodohkan oleh PEREMPUAN ini. Aku tidak bangga apabila memanggilnya BITCH! Tetapi itulah selayaknya dia digelar.

Kehidupan BITCH ini semakin hampir kepada kemusnahan.



English Premier League

free download

Here In My Home

free download