Bowl @ Selayang Mall
Jumaat malam yang lalu aku bersama Ramdan a.k.a The Spanar Man & Khai a.k.a The Red Rider telah sama-sama meluangkan masa menghilangkan tension menggembirakan hati di Selayang Mall dengan bermain bowling. Bermain hanya untuk suka-suka. Lagi pun dah lama benor tak melontar bola bowling tu & dah lama benor tak hang out dengan kawan-kawan yang mengerti erti kehidupan sebenarnya. Apa ayat jiwang-jiwang ni.
Malam itu kami bermain 2 game sekali jalan. Aku guna bowl ball dengan berat 13kg & 14kg. Oleh kerana lama tak main jadi agak sakit juga la jari-jari aku ni. Paling tak bestnya malam tu kami terpaksa tukar lane sebanyak 3 kali. Ini semua gara-gara kegagalan teknikal Pusat Bowl tu. Mula-mula skrin malfunction, 2nd time plak lane system blackout & 3rd time ball hanging inside the puller rail. Apa nasib pun tak tau la. Macam mana sekalipun kami tetap enjoy.
Entah berapa kali plak mata ni dihidangkan dengan aksi-aksi seksi awek-awek yang ada disitu hahahaha...... One of the finest night for last month. Dah habis enjoy main bowling, pergi makan plak kat area2 pasar borong. Apa nama tempat tu ntah. Tapi food dia memang sedap sebab orang jawa yang masak. Bila dah kenyang baru la balik rumah tido........
Sampai rumah lebih kurang jam 2am. Gambar ada lagi kat sebelah ni ha...
09:12 | 0 Comments
Woman is...
There was a man who had worked all of his life, had saved all of his money,
and was a real miser when it came to his money.
Just before he died, he said to his wife, 'When I die, I want you to take
all my money and put it in the casket with me. I want to take my money to
the +after-life+ with me.'
And so he got his wife to promise him with all of her heart that when he
died, she would put all of the money in the casket with him.
Well, he died . . .
He was stretched out in the casket, his wife was sitting there in black, and
her friend was sitting next to her. When they finished the ceremony, just
before the undertakers got ready to close the casket, the wife said, 'Wait,
just a minute!'
She had a box with her, she came over with the box and put it in the casket.
Then the undertakers locked the casket down, and they rolled it away.
Her friend said, 'I know you weren't fool enough to put all that money in
there in the casket with your husband.'
The loyal wife replied 'Listen, I can't go back on my word. I promised him
that I was going to put that money in that casket with him.'
'You mean to tell me you put that money in the casket with him !!! ?'
'I sure did' said the wife.** **'I got it all together, put it into my
account
and wrote him a cheque. If he can cash it, he can spend it.'**
Moral of the story: ***Women are **"cleverer" than Men* ......**
p/s: Is it?
07:45 | 0 Comments
Kenalan baru
Aku betul-betul mengantuk hari ni. Malam tadi balik jam 3. Takde ke mana pun cuma lepak kat kedai mamak bawah rumah. Aku lepak dengan asniati & kawan dia bibie. Bibie ni aku baru kenal. Tapi kerana dia memang peramah kitorang berborak macam dah lama kenal.
Banyak juga yang kami borakkan dari jam 9 lebih tu. Tapi oleh kerana aku pun mengantuk tahap gaban skang ni jadi aku pun takde idea sangat nak taip apa. Bibie kenalan baru aku tu masih belum bangun lagi agaknya skang ni. Asniati & Bibie ni datang dari Sabah. Merantau ke semenanjung untuk menuntut ilmu di salah sebuah kolej perubatan di Kuala Lumpur.
Apa pun terima kasih la pada dorang sebab sudi lepak-lepak dengan aku yang tak bape nak best ni. Ada kesempatan nanti boleh kita lepak-lepak lagi.
07:56 | 0 Comments
Dinner @ Tepian Tebrau
Makan besar di malam Deepavali.
Hari Ahad kelmarin aku sekeluarga telah pergi makan diluar di Tepian Tebrau, JB. Makan besar pada malam itu ditaja oleh Ayu, adik aku yang dah berkahwin tu. Awalnya nak pergi My Friend di kempas tapi sebab ayah aku kerja so kitorang pilih yang dekat-dekat aje dengan tempat keje dia.
Aku order air epal. Menu yang diorder plak ialah siakap 3 rasa, pari bakar, kupang sambal, udang masak butter, sotong goreng tepung, chap cai & nasi putih. Korang tau ke chap cai tu apa? Kalau korang tak pernah dengar & nak tau, datanglah ke JB (promote negeri la plak).Kami sampai ke tempat tu lebih kurang jam 8 malam. Ambil order dalam 10 minit. 15 minit kemudian semua order pun sampai. Aku tak terus makan sebab kena jaga baby Ira yang tengah curious dengan keadaan tempat tu. Sebagai starter aku cedok sotong, udang, chap cai & kupang. Nasi aku tak makan sebab tak nak cepat penuh. Lepas tu aku bedal plak pari bakar. Sebagai penutup aku bedal siakap 3 rasa walaupun masa tu tinggal kepala aje.
Bila dah abis makan apa lagi, balik la kan. Tapi adik-adik aku pergi ronda town dulu. Saje nak jalan-jalan kata mereka. Kali terakhir kami makan bersama diluar seperti ini ialah masa kenduri kahwin pakcik zainal di Air Keroh, Melaka. Raya tu memang la makan sama-sama kan. Terima kasih la pada Ayu sebab menaja segala makanan pada malam tu. Terima kasih juga pada ayah sebab tetap hadirkan diri walaupun bekerja pada waktu itu.
Gmbr selebihnya bleh view di sebelah.
08:55 | 1 Comments
Sepetang @ Danga Bay
Pada hari Sabtu yang lalu aku telah pergi luangkan masa di Danga Bay, JB. Aku jangkakan keadaan pastinya sesak dengan orang ramai yang datang berkunjung tetapi meleset. Mungkin kerana cuti Deepavali 3 hari ramai yang ambil kesempatan balik ke kampung macam aku ni.
Aku sampai Danga Bay lebih kurang jam 6 petang. Oleh kerana tempat tu sedang dibaik pulih atas sebab yang aku sendiri tak pasti jadi takde sangat aktiviti yang boleh disertai. Kebanyakannya cumalah mainan-mainan fun fair untuk kanak-kanak. Jadi pusing-pusing aje la kat bay tu.
Oh ya, sebenarnya aku tidak bersendiri. Aku ditemani oleh seorang kawan. Oleh kerana kawan aku ni datang dari jauh maka tu lah aku bawa dia ke Danga Bay. Tapi tak syok la bila tengok-tengok tempat tu pada hari tu tak happening plak.
Apa pun memang enjoy la sebab dapat berosial di luar. Gambar-gambar ada kat sebelah. Check it out.
07:50 | 0 Comments





