Ex-SMPG(1) Class of 1999 Reunion - The Gathering Ever
Segala cadangan dan usul mestilah berdasarkan kriteria-kriteria di bawah.
- tarikh antara 27 November 2009 hingga 11 Disember 2009
- tempat sekitar Pasir Gudang sahaja
- pelaksanaa program mesti ambil kira pada yang sudah berkeluarga
- jumlah penyertaan tidak terhad (boleh bawa sesiapa sahaja)
- diadakan pada waktu siang seeloknya lunch time
- jemputan kehormat adalah cikgu-cikgu termasuk bekas cikgu
- pelantikan ajk melalui cabutan undi
22:30 | 3 Comments
Dosa seorang PEREMPUAN
Sudah 3 tahun berlalu sejak aku cuba melupakan saat-saat terburuk dalam kehidupan aku. Manusia-manusia yang berkaitan juga telah cuba aku singkirkan dari memori yang tidak ingin aku simpan. Ternyata, untuk melupakan sesuatu yang amat memberi kesan pada diri kita bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih berat lagi apabila kisah silam itu sering dengan sengajanya datang mengganggu atas tujuan yang aku sendiri tidak mengerti saat ini. Ini kisah tentang seorang PEREMPUAN yang merupakan antara pemberi impact yang besar pada diri aku.
PEREMPUAN ini adalah salah seorang yang pernah menjadi awek aku ketika di kolej dulu. Pada asalnya aku melihat dia sebagai seorang yang baik sehinggalah apabila dia cuba menyingkirkan satu-satunya insan yang paling aku cintai suatu ketika dulu.
Hubungan yang tidak berpanjangan ini akhirnya membawa kepada ikatan hanya sebagai kawan dan teman walaupun hakikatnya masih ada secebis rasa sayang di dalam diri masing-masing. Namun pun begitu ikatan ini tidak membawa kami menjadi kawan yang baik. Sering berlaku perselisihan faham dan pertengkaran. Sehinggalah dia bertunang dengan lelaki yang dia katakan menjadi pilihan hidupnya.
Pada masa itu aku sangkakan segalanya telah menjadi lebih baik. Tapi ternyata aku silap. PEREMPUAN ini masih lagi dengan cara yang jelik mengganggu kehidupan aku sehinggakan aku terpaksa melepaskan pergi wanita-wanita yang cuba berdampingan dengan aku demi untuk melindungi mereka dari gangguan kisah silam aku.
Untuk beberapa ketika aku melihat keadaan bertambah baik bagi kehidupan aku. Tapi bukan untuk PEREMPUAN ini. Hidupnya semakin jauh menyimpang sehinggakan aku sendiri pun tak tau apa jenis PEREMPUAN dia ni. PEREMPUAN yang sudah bertunang ini sepatutnya menjaga maruah diri sebagai tunangan orang dan sepatutnya menjaga nama baik tunangannya itu. Tapi apa yang berlaku?
PEREMPUAN ini yang berjauhan dengan tunangannya telah berlaku curang dan membuat onar di belakang tunangannya yang setia. Entah sudah berapa ramai lelaki yang digoda hatinya. Lebih menyedihkan lagi apabila dia sendiri menjalin hubungan dengan lelaki yang juga merupakan tunangan orang. Lelaki-lelaki yang bodoh ini dan diperbodohkan ini pula percaya bahawa PEREMPUAN ini adalah perempuan yang baik yang nyata lagi terang disuluh sebenarnya adalah seperti PEREMPUAN JALANG.
PEREMPUAN ini dengan jelas dan nyata bercumbuan dengan lelaki lain di dalam kereta di depan mata aku sendiri. Perempuan jenis apakah ini? Sekiranya isu ini aku bangkitkan di SIM sudah tentu berjela-jela kutukan dilemparkan kepada PEREMPUAN yang curang ini. Sungguh kelakar pula apabila PEREMPUAN cuba memperdebatkan isu dosa dan pahala kepada aku sedangkan dia sendiri melakukan kemaksiatan di khalayak ramai.
Aku menulis di blog ini dengan keadaan yang amat kecewa. Aku bersyukur kerana hubungan kami tidak menjadi. Kalau tidak, mungkin aku juga merupakan antara lelaki dayus dan bodoh yang selalu diperbodohkan oleh PEREMPUAN ini. Aku tidak bangga apabila memanggilnya BITCH! Tetapi itulah selayaknya dia digelar.
Kehidupan BITCH ini semakin hampir kepada kemusnahan.
01:50 | 0 Comments
Song of life [1]
Gerimis SenjaKu terpegun di jendela bila hujan gerimis senja
Tak ku lihat di hadapan ku diri ku dalam lamunan
Tiada lain yang ku bayangkan hanyalah peristiwa itu
Dosa-dosa yang ku lakukan tetap mengganggu batin
Tanyaku pada diri apakah ini semua cobaan belaka
Kesal ku tak berakhir menduga keyakinan ku kepadanya
Batin ku menjerit namun tiada suara
Aku cuba menyatukan semua harapan yang berkecai
Tuhan ku bimbingkanlah diri ku agar kesal ku hilang
Gerimis sungguh mencengkam tiada dapat ku tahan lagi
Sungguh-sungguh tak ku menduka hingga jadi begini
23:19 | 0 Comments
Doa Untuk Sahabatku
Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya,
perluaskanlah rezekinya,
dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya
baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat
Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati
izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu.
Jagalah hatinya agar tidak berpaling
daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.
jika dia rindu,
rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan
terjatuh dalam perjalanan panjang
meyeru manusia kejalanMu
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas
sehingga melupakan daku pada cinta hakiki
,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu
Ya Allah
kurniakanlah sahabatku
kesenangan,ketenang an,kecemerlangan
hidup di dunia akhirat kelak..
AMIN
22:29 | 0 Comments


