feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Keistimewaan Untuk Penderma Darah

Labels:

1 kali menderma darah.
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.

2 - 5 kali menderma darah.
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan. Percuma bagi pelalian Hepatitis B.

6 - 10 kali menderma darah.
Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.

11 - 15 kali menderma darah.
Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.

16 - 20 kali menderma darah.
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.

21 - 30 kali menderma darah.
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.

31 - 40 kali menderma darah.
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.

41 - 50 kali menderma darah.
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.

Lebih 50 kali (bagi penderma darah & 150 kali bagi penderma aferesis).
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas tempoh 10 tahun di wad satu.



Mengenali Seseorang

Labels:

Mengenali seseorang itu
kadangkala membuat kita ketawa...
Mengenali seseorang itu
kadangkala juga membuat kita mengalir airmata...
Sesungguhnya mengenali seseorang itu
mampu memberi kita sejuta rasa.... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu....
Tapi, sedarkah kita?
Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya seketika dan sekadar TEMAN SEMENTARA... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. ..

dari MawarCute




Wahai gadis muda, engkau semakin tua

Labels:

Kehidupan manusia sentiasa bergerak ke hadapan, tanpa melihat ke belakang dan masa itu tidak boleh berundur. Sekiranya kalam itu sudah tertutur, tidak mampu untuk ditarik balik. Sekiranya perbuatan itu sudah terlanjur, juga tidak mampu untuk ditarik balik. Wahai gadis muda, engkau semakin hari semakin tua. Engkau tidak mampu menahan masa daripada terus bergerak sepertimana engkau tidak dapat menahan bumi ini daripada beputar.

Engkau juga tidak mampu menahan matahari daripada terbit atau tenggelam. Semua inilah yang menggerakkan masa itu. Kehidupan muda hanya sementara, dan kecantikan semasa muda itu akan hilang dengan cepat. Sekiranya engkau merasakan umur 22 tahun itu ialah paling cantik, ia akan hilang apabila engkau berumur 23 tahun. Tempoh kecantikan itu hanyalah setahun.

Adakah engkau merasakan kecantikan itu berterusan? Wajah muda itu tidak selamanya begitu. Engkau tidak dapat menahan umur itu daripada meningkat. Engkau tetap akan tua, atau mati ketika masih muda. Apakah bekalan engkau ketika itu? Wajah muda engkau? Segalanya langsung tidak berguna. Muka itu tetap dimakan ulat, dan badan itu tetap dimamah
tanah.


Sekiranya engkau diberikan umur oleh Allah supaya dipanjangkan lagi, muka muda itu pasti akan hilang dan digantikan dengan muka tua. Sekiranya engkau berusaha mengekalkannya, engkau hanya muda pada cermin, sedangkan tubuh engkau tetap mengakui bahawa engkau adalah orang tua yang terasa muda.

Walaupun begitu, petua untuk mengekalkan muda itu tetap ada. Walaupun umur itu semakin tua, iman itu tidak pernah tua. Bahkan ia semakin tebal dan matang. Iman itu tidak akan berkurangan disebabkan kurangnya umur, tetapi ia kurang disebabkan kurangnya amalan. Kalau engkau hanya gilakan kecantikan dengan mengenakan pelbagai lotion, ia akan hilang dengan mudah. Tetapi sekiranya kecantikan itu kurniaan Allah dan ia dihiasi oleh iman di dalam diri, ia akan kekal selamanya.

Carilah kecantikan yang sebenar. Ia tidak ada pada lotion yang bertimbun, tetapi ia milik Allah Yang Maha Cantik, dan Allah sukakan benda yang cantik dengan Iman. Tetapi, engkau jangan lupa wahai gadis muda, walaupun hari ini engkau merasa engkaulah orang paling cantik pada pandangan manusia yang buta, Allah mampu menghilangkannya dengan cepat.

Seorang gadis cantik pada mata manusia, apabila mengalami kemalangan dan mengubah mukanya. Seorang gadis cantik pada mata manusia, apabila terkena penyakit kulit, terus mengubah mukanya. Tetapi, sekiranya ia mempunyai iman, dia masih cantik dan terus cantik pada pandangan Allah, dan Allah berkuasa untuk mencantikkan rupanya kembali!

Oleh itu, sekiranya engkau tidak mahu mencantikkan diri dengan iman, engkau akan hodoh disebabkan dosa. Kecantikan pada pandangan manusia yang buta itu akan hilang sekelip mata, dan Iman di dalam hati itu bukanlah diukur dengan mata manusia yang buta itu, dan inilah kecantikan sebenar.



Gangguan Bekalan Air

Labels:

Kerja pemasangan strainer, injap di beberapa kawasan Kuala Lumpur, Selangor

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air berjadual akan berlaku di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor mulai 27 Mac hingga 1 April ini.

Kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), menyebut antara kawasan di Wilayah Gombak yang terbabit ialah Taman Keramat Permai (AU1), Taman Keramat AU2, Taman Keramat AU3, Taman Keramat AU4, Taman Keramat AU5.

Seluruh Flat Jalan Enggang, seluruh Jalan Enggang Timur, seluruh Jalan Enggang, Keramat Wangsa, seluruh Kelompok Menara PKNS, Ukay Perdana dan Kampung Kemensah.

Bagi wilayah Kuala Lumpur, kawasan terbabit adalah Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Kent, Jalan Gurney, Kementah, Pulapol, Wisma Tanah, JUPEM, Felda, UTM, Pusat Latihan Telekom, Jalan Ampang Hilir, Jalan U-Thant, Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Taman Putra Sulaiman, Taman Cahaya.

Taman Pandan Cahaya, Taman Dagang, Taman Shamelin, Taman Tenaga, Taman Miharja, Taman Kobena, Bandar Tasik Permaisuri, Kawasan Desa Pandan, Taman Cheras Utama, Taman Pandan Perdana, Taman Kencana, Taman Pandan Indah, Taman Pandan Komersial, Kawasan Pandan Utama dan Pandan Mewah.

Gangguan disebabkan kerja pemasangan strainer dan injap altitude di kolam sedut AU3 baru bermula 27 Mac jam 8 malam hingga 7 pagi keesokannya.

Kawasan di Wilayah Petaling yang mengalami gangguan pada hari sama ialah keseluruhan USJ 1 hingga 27, Sime UEP Subang Jaya, Putra Bestari, Keseluruhan Taman Perindustrian USJ, Jalan Jurutera-Puchong, Kampung Kenangan-Puchong, Kampung Sri Langkas-Puchong.

Gangguan di Wilayah Petaling disebabkan pemasangan Water Balance Meter di paip MS berhampiran kolam Sime UEP, Petaling. Ia bermula jam 5 petang sehingga 9 pagi keesokannya.

Gangguan di Wilayah Sepang, Wilayah Petaling dan Wilayah Kuala Langat bermula 31 Mac jam 5 petang hingga 8.30 pagi keesokannya, disebabkan kerja Water Balance Meter di paip MS di Jalan Batu 18, Sungai Rasau, Sepang dan pemasangan Water Balance Meter di paip MS di Jalan Kampung Sungai Rasau, Sepang.

Wilayah Sepang yang terbabit adalah IOI Marriot Hotel, Ibu Pejabat Lembaga Lebuhraya, UNITEN, IKRAM, Depoh SHELL, Taman Meranti Indah-Puchong, Kg Sg Rasau-Puchong, Kg Pulau Sebok-Puchong, Taman Putra Perdana-Puchong.

Taman Nusa Putra-Puchong, Taman Mas-Puchong, Desa Air Hitam-Puchong, Taman Meranti Jaya-Puchong, Taman Tasik Prima-Puchong, Taman Impiana-Puchong, Taman Impian Saujana-Puchong, Taman Kipark-Puchong dan Kawasan Puchong Dalam/Pulau Meranti-Puchong.

Wilayah Petaling yang turut terbabit adalah Hospital Serdang dan Taman Tekali dan di Wilayah Kuala Langat di Saujana Putra.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL jarak dan aduan ke 39222, atau melayari laman web SYABAS di www.syabas.com. .my.





Candle light dinner in the dark sempena Earth Hour

Labels: ,

Kepada semua sahabat-sahabat SIM, terutama di Melaka. Anda di pelawa untuk turut serta dalam program 'candle light dinner in the dark for earth hour' bersempena dengan Earth Hour - sending a global warming message to the world dan mencapai target 1 billion manusia seluruh dunia. Ajak orang tersayang, rakan-rakan atau keluarga untuk menyertai acara ini. Bayangkan, anda beramai-ramai dengan orang tersayang, rakan-rakan dan keluarga makan dalam keadaan yang gelap dan hanya dengan cahaya lilin dan bintang di langit serta tayangan video berkenaan earth hour dan pemanasan global. Sesuatu yang kita jarang dapat lakukan pada zaman ini.
Tempat : Intan Dimensi Corner Hut, Berhadapan UiTM ALor Gajah, Melaka.
Tarikh : 28 March 2009
Masa : sebelum 8.00 mlm. (Lampu akan ditutup pada 8.30mlm)
Tiada meja yang dijual sebab ni non-profit program. 1st come 1st serve basis.
Tempat untuk acara ini terhad. 120 sahaja at 1 time.
Bayar apa yang anda makan sahaja. Sama macam kedai-kedai makan lain kecuali untuk malam itu, kita makan dengan cahaya lilin beramai-ramai.

Untuk tempahan meja, (bagi yang duduk jauh tu), hubungi saya di ardkimien@yahoo. com .
tinggal kan number anda dalam kotak emel saya,dan saya akan hubungi anda pada kadar segera.
Bersama menjayakannya.
Earth Hour. switch off your light for 1 hour.




English Premier League

free download

Here In My Home

free download