Gangguan Bekalan Air
Kerja pemasangan strainer, injap di beberapa kawasan Kuala Lumpur, Selangor
KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air berjadual akan berlaku di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor mulai 27 Mac hingga 1 April ini.
Kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), menyebut antara kawasan di Wilayah Gombak yang terbabit ialah Taman Keramat Permai (AU1), Taman Keramat AU2, Taman Keramat AU3, Taman Keramat AU4, Taman Keramat AU5.
Seluruh Flat Jalan Enggang, seluruh Jalan Enggang Timur, seluruh Jalan Enggang, Keramat Wangsa, seluruh Kelompok Menara PKNS, Ukay Perdana dan Kampung Kemensah.
Bagi wilayah Kuala Lumpur, kawasan terbabit adalah Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Kent, Jalan Gurney, Kementah, Pulapol, Wisma Tanah, JUPEM, Felda, UTM, Pusat Latihan Telekom, Jalan Ampang Hilir, Jalan U-Thant, Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Taman Putra Sulaiman, Taman Cahaya.
Taman Pandan Cahaya, Taman Dagang, Taman Shamelin, Taman Tenaga, Taman Miharja, Taman Kobena, Bandar Tasik Permaisuri, Kawasan Desa Pandan, Taman Cheras Utama, Taman Pandan Perdana, Taman Kencana, Taman Pandan Indah, Taman Pandan Komersial, Kawasan Pandan Utama dan Pandan Mewah.
Gangguan disebabkan kerja pemasangan strainer dan injap altitude di kolam sedut AU3 baru bermula 27 Mac jam 8 malam hingga 7 pagi keesokannya.
Kawasan di Wilayah Petaling yang mengalami gangguan pada hari sama ialah keseluruhan USJ 1 hingga 27, Sime UEP Subang Jaya, Putra Bestari, Keseluruhan Taman Perindustrian USJ, Jalan Jurutera-Puchong, Kampung Kenangan-Puchong, Kampung Sri Langkas-Puchong.
Gangguan di Wilayah Petaling disebabkan pemasangan Water Balance Meter di paip MS berhampiran kolam Sime UEP, Petaling. Ia bermula jam 5 petang sehingga 9 pagi keesokannya.
Gangguan di Wilayah Sepang, Wilayah Petaling dan Wilayah Kuala Langat bermula 31 Mac jam 5 petang hingga 8.30 pagi keesokannya, disebabkan kerja Water Balance Meter di paip MS di Jalan Batu 18, Sungai Rasau, Sepang dan pemasangan Water Balance Meter di paip MS di Jalan Kampung Sungai Rasau, Sepang.
Wilayah Sepang yang terbabit adalah IOI Marriot Hotel, Ibu Pejabat Lembaga Lebuhraya, UNITEN, IKRAM, Depoh SHELL, Taman Meranti Indah-Puchong, Kg Sg Rasau-Puchong, Kg Pulau Sebok-Puchong, Taman Putra Perdana-Puchong.
Taman Nusa Putra-Puchong, Taman Mas-Puchong, Desa Air Hitam-Puchong, Taman Meranti Jaya-Puchong, Taman Tasik Prima-Puchong, Taman Impiana-Puchong, Taman Impian Saujana-Puchong, Taman Kipark-Puchong dan Kawasan Puchong Dalam/Pulau Meranti-Puchong.
Wilayah Petaling yang turut terbabit adalah Hospital Serdang dan Taman Tekali dan di Wilayah Kuala Langat di Saujana Putra.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL jarak dan aduan ke 39222, atau melayari laman web SYABAS di www.syabas.com. .my.
09:50 | 0 Comments
Candle light dinner in the dark sempena Earth Hour
07:56 | 0 Comments
Ibu 6 anak perlukan bantuan segera
FOTO : Wajah keluarga ini tidak dapat didedahkan atas sebab-sebab keselamatan
Pada hari Khamis 5hb Mac 2009 Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) telah menerima email dari seorang sahabat bernama Atty Rahim (email : attyrahim@gmail. com ) menceritakan mengenai kes seorang ibu yang dalam kesempitan dalam membesarkan 6 orang beliau yang berusia 2 hingga 12 tahun. Dua beradik terpaksa berkongsi pakaian, maknanya jika abang memakai baju, adiknya terpaksa berbogel.
Kes ini kemudiannya dirujuk kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah untuk tindakan lanjut. Pada hari Sabtu 7hb Mac 2009 kira-kira jam 5.00 petang rombongan yang terdiri dari urusetia SIM dan juga pihak yayasan telah melakukan lawatan ke lokasi. Dari siasatan dan soaljawab didalam pertemuan hampir 2 jam tersebut jelaslah bahawa keluarga ini benar-benar memerlukan bantuan segera. Antara perkara-perkara yang kami kenalpasti dalam kes ini ialah :
1. Keluarga berkenaan hidup dalam ketakutan kerana sebelum ini terlibat berhutang dengan Along kerana perlukan belanja persekolahan anak-anak.
2. Hidup menumpang di flat yang disewa dari orang lain.
3. Persekolahan anak-anak terganggu akibat kemiskinan
4. Anak-anak hanya minum teh O bagi menggantikan susu
5. Hutang tertunggak sewa rumah, api dan air sudah mencecah RM1,000
Sebagai langkah segera pihak Yayasan Pembangunan Nurhikmah telah menyumbangkan RM1,000.00 dari Tabung Kecemasan YPN sebagai membantu keluarga ini menyelesaikan hal-hal berkaitan makan minum serta keperluan asas yang lain..
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah merayu anda sekelian untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga ini samada melalui akaun yayasan atau menghubungi En Ahmad Fadzil ditalian 012-2968649 . Semua bentuk bantuan adalah dialu-alukan samada pakaian, makanan atau wang tunai
Sumbangan wang tunai boleh disalurkan melalui akaun berikut :
| No. 16-3, Jalan Mesra Niaga, |
| Taman Mesra, |
| 43000 Kajang, |
| Selangor Darul Ehsan. Telefon : 03-87332411 Fax : 03-87332967 Laman web : www.nurhikmah. org.my EMAIL : presiden@nurhikmah. org.my |
13:26 | 2 Comments
WACANA
WACANA : Berkongsi Keprihatinan Masa Depan : Syariah Penyuluh Kehidupan Seimbang
Dewan Hadhari ,Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur
- Menjelaskan konsep keadilan dan kesaksamaan dalam hubungan kekeluargaan lelaki dan wanita menurut perspektif syariah Islam
- Memperincikan huraian Al-Quran mengenai `nusyuz' suami dan isteri serta saranan penyelesaiannya.
- Mencadangkan strategi penambahbaikan implementasi sistem perundangan syariah khususnya berkaitan kekeluargaan di Malaysia
| Masa | Tentatif |
| 8.00-8.30 pagi | Pendaftaran & sarapan pagi |
| 8.30-9.00 pagi | Perasmian Majlis oleh Ketua Penolong Pengarah JAWI |
| 9.00-9.40 pagi
| Ucaptama : Keadilan & Kesaksamaan dalam Kehidupan Berkeluarga menurut Perspektif Syariah Oleh: Ybhg. Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj (Ketua Wanita JIM Pusat) |
| 9.40-10.10 pagi | Kudapan & Sidang Media |
| 10.10-10.40 pagi | Pembentangan (1) Huraian Al-Quran tentang Nusyuz Suami & Isteri : Pengertian & Penyelesaian Oleh : Ustaz Alias Othman Pensyarah Pengajian Islam Cyberjaya University and Medical Sciences (CUCMS), bekas pensyarah dan Prof Madya Akademi Islam UM |
| 10.40-11.30 pagi | Sesi Soal Jawab |
| 11.30-12.30 tengahari | Pembentangan (2) Penambahbaikan Implementasi Sistem Perundangan Kekeluargaan Syariah di Malaysia : Satu tuntutan Oleh : Puan Sazira Abdul Aziz Peguambela dan Peguamcara, Peguam Syarie |
| 12.30-12.45 tengahari | Sesi Soal jawab |
| 12.45-1.00 tengahari | Rumusan oleh Puan Hajjah Faridah Maludin Pengurus Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga Islah (PAKSI) Wanita JIM Pusat |
| 1.00 tengahari | Makan tengahari & Bersurai |
15:52 | 0 Comments


