feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Summary of a basic day





Persoalan yang belum terjawab

Labels:


Seringkali kita sangkakan bahawa kita tahu segalanya. Dan seringkali itu jugalah setiap sangkaan kita itu meleset. Hidup ini berlandaskan apa yang telah ditentukan sebelum kita dilahirkan ke dunia lagi. Tetapi landasan itu tetap boleh diubah dengan usaha yang kita lakukan. Adakalanya juga kita merasakan hidup ini amat sunyi. Adakalanya juga kita merasakan hidup ini begitu indah. Semua ini datangnya dari hati. Hati yang kita sendiri sukar untuk memahaminya.

Sudah lebih 20 tahun aku hidup di dunia ni. 1 tempoh masa yang bukan sekejap. Banyak pengalaman hidup yang telah aku lalui walaupun masih banyak lagi yang perlu aku terokai. Satu-satunya perkara yang menjadi kajian dalam hidup aku adalah wanita & hubungan sesama insan. Bermacam ragam & bermacam kerenah yang telah aku temui. Namun masih banyak lagi spesis-spesis yang belum aku temui. Jika aku rasa aku betul, ada lagi orang yang lebih betul lagi dari aku. Jika aku salah, ada orang yang lebih salah lagi dari aku.

Awal pagi hari ini aku sengaja merepek sikit kerana ada beberapa persoalan yang bermain di fikiran aku dalam beberapa ketika ini. Persoalan ini timbul dari sikap & kelakuan beberapa individu yang aku kenali. Tapi jangan salah sangka, ia bukanlah sesuatu yang buruk. Jadi aku tertanya-tanya ;

  • mereka suarakan kedamaian tetapi kenapa masih ada perasaan busuk hati
  • mereka mempunyai ilmu yang lebih tinggi tetapi kenapa masih merujuk perkara remeh kepada aku yang masih jahil ni
  • mereka sudah mempunyai pilihan hati tetapi masih lagi ingin luang masa berdua bersama aku
  • mereka kata 'friendship is forever' tetapi kenapa senyap tanpa khabar berita
  • kenapa mereka sering salah tafsir terhadap apa yang berlaku di hadapan mereka sedangkan mereka boleh mendapatkan kepastiannya
  • tidak malukah mereka mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang lain
  • jika mereka orang yang beramal, kenapa sering lupa bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui
Ada yang boleh membantu aku? Aku alu-alukan sebarang respon dari kalian. Baik atau buruk aku tetap terima dengan hati yang terbuka.



Sibuk je memanjang...

Labels:


Sorry guys, aku agak sibuk kebelakangan ni walaupun masih ada masa untuk lelap di atas meja kerja aku. Pagi tadi aku dapat melepaskan kempunan nasi lemak gombak yang selalu aku beli dulu. Nasib baik la ada insan yang baik hati yang sudi nak belikan untuk aku. Kalau tak memang tak merasa la jawabnya. Nasi lemak jawa je aku panggil sebab dibuat & dijual oleh orang jawa. Sambal dia memang sedap. Kalau ada sesiapa yang nak rasa boleh buzz aku. Nanti aku bagi location tempat tu. Aku tak reti nak explain dalam bentuk tulisan ni.

Nasi lemak yang aku makan pagi tadi.

Sejak ada CJM baru ni memang aku selalu disuruh untuk buat macam-macam kerja yang tak pernah aku buat sebelum ni. Apa pun aku anggap ini semua sebagai cabaran dalam kerjaya aku. Kepada kawan-kawan yang seangkatan dengan aku, jangan mengeluh, jangan bersedih, jangan putus asa & jangan lari. Anggap saje ini semua satu pembaharuan dalam memajukan kerjaya kita. Good Luck.



Women.

Labels:


My fellow girl friend, are you one of this kind?




Told you...

Labels:

Aku dah kata...kedudukan tu pasti akan berubah semula. Tengok....Blue merampas kembali takhta dari Reds. Apa cite....??? Hehehe....aku plak nak berlagak....

p/s: saje je bikin panas...





English Premier League

free download

Here In My Home

free download