Back to normal / abnormal

Assalammualaikum & salam sejahtera.
Setelah seminggu bertahan terhadap gangguan talian akhirnya keadaan kembali normal. Syukur Alhamdulillah. Tapi masih ada beberapa perkara yang tidak normal. Kenapa Ramesh sering mendesak aku utk melakukan tugas yg hakikinya bukan tugasan aku. Ramesh juga sering mengutarakan persoalan yg berulang. Mungkin ada sikit CRACK dlm RAM dia. Paling tak syoknya bila bebanan tugas ditambah atas bahu aku. Jadi jangan pelik la kalau aku kepenatan sampai malas nak pergi shoping raya (bukan sbb xde duit ke?)
Ada lagi yg tak normal. Keadaan politik negara yang masih kucar kacir. Bila aku perhatikan, rasa macam 1 revolusi besar akan berlaku pada negara ni. Hampeh la politik ni. Buat penat otak je nak fikir.
Officemates pun ramai yg tak normal. Apa yg tak normal tu? Hmmmm....... yg ini kita cerita lain kali. Karang kurang plak pahala puasa aku.
Oleh kerana aku betul2 tgh sibuk ketika ini jadi setakat ni je la utk masa ni. Selamat berpuasa.
07:24 | 1 Comments
Innalillahiwainnailaihirojiun…..Al-fatihah
Malam tadi aku terima satu berita sedih. Seorang kawan yang baru dikenali beberapa bulan yang lalu telah meninggal akibat kemalangan jalanraya. Aku bersimpati terhadap keluarganya kerana tidak lama lagi kita semua akan meraikan Aidilfitri dan kehilangan ahli keluarga dalam bulan puasa ini memang amat menyedihkan. Aku tidak kenal dengan keluarganya tapi aku berdoa semoga mereka bersabar dan redha dengan takdir yang telah ditentukan.
To’ki kekasihnya merupakan jiran disebelah rumah aku. Aku juga bersimpati terhadap dia kerana kehilangan orang yang dicintai. Walau apa pun yang hidup teruskan dengan kehidupan yang ada. Yang pergi biarkan ia pergi dan sama-samalah kita berdoa agar dia ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Aku tidak mengenali arwah dengan rapat namun kehilangannya pasti dirasai kerana orang disekelilingnya juga berada disekeliling aku. Aku menganggap kejadian ini sebagai kehilangan seorang adik yang ceria. Mungkin esok lusa giliran kita pula. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
In memory of Rohani Bte Md Ahir (1989-2008), student of Masterskill College of Nursing & Health.
Al-fatihah…
08:50 | 2 Comments
Surat
Hari ini aku menerima sepucuk surat yang memang menggembirakan aku. Tak macam surat-surat lain yang aku terima. Maksud yang disampaikan adalah jelas. Belum baca pun aku dah tau isi kandungannya.
Confirmation letter. Tu la suratnya. Bermula 20 November 2008 aku secara sahnya adalah penjawat awam di JPM. Satu rintangan telah berjaya diatasi. Beberapa rintangan sahaja lagi sebelum matlamat akhir tercapai. Ini merupakan permulaan untuk suatu permulaan.
p/s: gmbr aku upload kendian sbb ada mslh dgn network
13:18 | 5 Comments
Teringat lagi....
Ni ada lagi kisah di bulan puasa. Masa tu aku kerja sebagai Marketing Exec di JB. Kami membawa produk dari syarikat Time.com yang tak bape nak popular. Keje aku time tu memang tak leh nak komplen pasal cuaca. Kena pulak bulan puasa tu cuaca panas terik. Cuaca tu dah satu hal. Skop keje aku ni plak mewajibkan aku berjalan dalam jarak yang jauh. Macam salesman tu la tapi aku bukan salesman. Aku cuma dapatkan feedback dari client tentang produk syarikat. Macam bancian la gitu. Bayangkanlah aku keje masuk felda, keluar felda, naik bukit, turun bukit, ketuk rumah sana, ketuk rumah sini, anjing kejar aku, aku kejar anjing dan macam-macam lagi la dugaan.
Dugaan paling tak boleh blah ialah apabila kawan-kawan sekerja aku tak puasa. Tak tahan dahaga. Mungkin diorang tak bersahur agaknya. Kalau setakat makan dan minum tu takpe lagi. Ni makan depan aku. Dalam kereta plak tu sewaktu on the way nak balik ke office. Bayangkan la kuningnya air jagung dan pink nyer air bandung. Kena plak dengan bau karipap panas dan donut panas. Perghh......kecur air liur beb. Dalam 1 kereta tu cuma aku je yang masih mempertahankan puasa aku (betul...). kalau diikutkan hati aku pun tak tertahan tengok diorang ni melantak tapi masa tu dah jam 5 ptg so aku rasa rugi la yang amat sangat kalau aku berbuka. Biarlah diorang melantak asal tak pengaruhi aku.
Ada sekali tu masa buat survey di Taman Daya. Dalam team aku ada 2 orang bangsa India. So diorang berdua dirasuah pergi beli Pizza Hut kat Giant Tampoi. Lepas tu terus je ke Taman Daya rumah salah seorang Indian ni. Oleh kerana aku ni menumpang kereta orang so aku terpaksa juga la mengikut diorang pergi melakukan aktiviti tak senonoh tu. Bayangkanlah macam mana baunya pizza tu. Hisshh.......boleh tergugat iman tu. Aku nyaris-nyaris juga nak sental tapi alhamdulillah aku masih dapat kawal nafsu. Aku tak tau macam mana keadaan korang kalau berada di tempat aku masa tu.
Apa pun aku gembira kerana dapat bekerja dengan diorang yang ceria dan saling membantu. Aku berdoa semoga aku dipertemukan lagi dengan mereka. Pengalaman bersama diorang merupakan pengalaman yang tak mungkin dapat aku lupakan.
15:59 | 2 Comments
Kisah tv malam tadi
Malam tadi berlalu bagaikan mimpi. Dari waktu berbuka sampailah aku melelapkan mata. Terasa benar kepantasan masa yang dilalui. Siaran di TV langsung tak menarik perhatian aku. Hanya 8TV yang sudi aku layan sebab ada cite "Alam's Story". Aku memang suka cite tu. Habis je cite tu aku main tukar-tukar chanel. Aku stuck di TV1 sebab aku terpandang perkataan "blog" di backdrop siaran tu. Jadi aku mula tertanya-tanya. Adakah blogger semakin mendapat perhatian (walau siapa pun mereka)? Panel malam tadi merupakan seorang yang boleh aku katakan sebagai ustaz. Tutur katanya yang sopan dan teratur buat aku terpegun. Mereka membincangkan tentang "Muslim Blogger Alliance" yang aku sendiri tak tau apa bendanya (sebab tak tengok dari awal).
Dari tontonan yang singkat tu aku cuma dapat simpulkan blog tu merupakan tempat membincangkan tentang hal-hal agama. Yang mengumpulkan ilmuwan agama Islam di Malaysia. Siapa mereka ini? Aku pun tak tau la. Panel malam tadi bukan la calang-calang orang. Dia mempunyai pandangan dan idea yang bernas yang mungkin tidak terlintas difikiran kita.
Antara yang sempat aku recal ialah apabila dia kata,
"Apa salahnya selepas solat Jumaat Imam-imam memperuntukan sejam dua untuk bermuzakarah dengan masyarakat dan membincangkan hal-hal agama."
Dia cakap lagi (aku pun agak setuju),
"Bezanya dakwah yang dibawa oleh paderi dan ustaz-ustaz ialah pendekatan yang digunakan. Paderi boleh berdakwah dengan penuh kasih sayang tetapi mengapa tidak ustaz-ustaz yang jumlahnya memang ramai di negara kita ni."
Aku tak tau la apa pandangan korang terhadap perkara ni tapi sedikit sebanyak ada juga kebenarannya. Dimana silapnya, jangan tanya aku. Itulah korang fikirlah sendiri. Tapi pemikiran tanpa tindakan adalah perkara yang sia-sia. Tentu seronok kalau dapat tengok panel tu berdebat.
Lepas macam-macam benda yang aku buat akhirnya lelap juga mata aku ni lebih kurang jam 2.30am dan sebab tu la aku mengantuk pagi-pagi ni kat office.
07:32 | 1 Comments


