feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Snippets...

Ntah dah berapa lama aku tidak berkesempatan berkarya di blog ni. Berkarya? Kalau la menulis di blog boleh dikategorikan berkarya, rasa-rasanya kita tidak perlukan lagi media cetak yang sedia ada sekarang. Aku sendiri sudah tidak sudi untuk membaca akhbar harian yang ada di Malaysia ni. Untuk menonton berita utama di stesen-stesen televisyen pun aku tak sudi. Kenapa? Sebab utamanya ialah terlalu banyak kepalsuan dan pembohongan yang dilaporkan. Terlalu banyak perkara yang membuat aku rasa muak dan menyampah.

Tidak ada 1 berita pun yang dapat memberi kelegaan dihati apatah lagi dengan keadaan ekonomi sekarang ni yang semakin memberi bebanan dan semakin menekan. Ntah apa la nak jadi dengan dunia ni. Manusia semakin jauh dari pemikiran waras yang dianugerahkan Tuhan. Nafsu dan perasaan semakin menguasai diri dan segala keputusan tidak dapat ditetapkan dengan relevan.

Beberapa minggu ni aku terlalu sibuk dengan tugas. Ada statistik yang perlu aku siapkan yang memaksa aku menjalankan post-mortem dengan terperinci. Inilah akibatnya apabila orang-orang lama tidak menjalankan tugas dengan sempurna. Manusia macam aku ni juga la yang terpaksa berkorban semata-mata untuk mencapai matlamat jabatan. Berkhidmat untuk negara, inilah tugasnya.

Sebenarnya jadual aku agak padat juga. Tugas di pejabat, urusan di rumah, reunion pada hujung minggu lagi. Tapi masih belum ada kehadiran seorang wanita dalam hidup aku buat masa ini yang menjadikan hidup aku bahagia. Adakalanya terasa juga kesunyian tu. Tapi setelah 2 tahun menduda aku telah terbiasa dan telah dapat memahami erti sebenar kesepian dan kesunyian. Namun aku tetap hidup sepertia biasa. Seperti kehidupan yang aku lalui sebelum ini.

Hari ini aku masih lagi seperti dulu. Masih seperti yang pernah dikenali manusia yang pernah mengenali aku. Bezanya, aku masih tetap kelihatan muda sedangkan mereka-mereka telah sedikit dimakan usia. Aneh ke? Tidak ada apa pun yang aneh. Lihat dan nilai sendiri. Percaya atau tidak, bergantung pada penilaian yang dibuat.



Siapa Saiful Bukhari

Mesej dibawah diterima melalui email. Penulis (From: Mohd Faizal Mamat ) mendakwa mengenali Saiful Bukhari dan karakternya.


Nota: Saya bertanggungjawab di atas setiap kenyataan dan ulasan saya mengenai Saiful Bukhari. Daripada dituduh pengecut dan tidak mampu membenarkan kebenaran dizahirkan, saya mengambil risiko ini. Saya tidak mungkin dapat membuktikan bahawa DSAI tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan saya dan ulasan-ulasan pelajar Uniten lain dapat memberi gambaran awal mengenai siapa Saiful Bukhari ini. Saya tidak terkejut dia mampu bertindak sampai ke tahap ini. Saya tidak terkejut dengan kisah dia menikam kawan sendiri dari belakang demi mencapai kemahuannya. Malah saya tidak terkejut jika Saiful tampil dengan kenyataan bahawa dia dipergunakan untuk menutup keaiban ketuanya satu hari nanti.

Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.

Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan "era kegemilangan" yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu masa dahulu.

Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.

Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN). Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.

Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?

Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan "bertanggungjawab" sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang "star" sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.

Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Mungkinkah kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.

Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.

www.ainisazreen.wordpress.com



Perbezaan Mahathir dengan Abdullah

(Mesej diterima melalui email pada 7 Julai 2008.)

1. Semasa Jadi TPM

Mahathir
Sudah merancang apa yang akan dilakukannya apabila menjadi Perdana Menteri nanti. Ideanya banyak tetapi tidak dilakukannya semasa menjadi TPM, sebagai menghormati bosnya.

Abdullah
Disebabkan terlalu berhati-hati setelah melihat kegagalan Musa, Ghafar dan Anwar ketika mereka menjadi TPM, Pak Lah menjadi begitu low profile sehingga tidak ada apa-apa idea langsung dan menimbulkan keraguan ramai mengenai keupayaannya mengambilalih pucuk pimpinan nanti.

2. Sejurus Selepas Jadi PM

Mahathir
Terus melaksanakan idea-ideanya yang tersimpan lama itu, seperti menyeragamkan waktu bagi seluruh Malaysia, memperkenalkan kad perakam waktu, Malaysia Incorporated, Dasar Pandang Ke Timur, Kepimpinan Melalui Teladan dan sebagainya.

Abdullah
Disebabkan ketiadaan idea semasa menjadi TPM lagi maka Pak Lah tidak dapat melaksanakan apa-apa lagi, yang ada hanya slogan-slogan retorik seperti Cemerlang, Gemilang, Terbilang yang mencetuskan tafsiran-tafsiran rambang dan umum.

3. Pembangunan Islam

Mahathir
Di awal penerajuannya, Mahathir memperkenalkan 'Penerapan Nilai-Nilai Islam' yang disambut baik tanpa bangkangan dan kontroversi. Dia tidak cuba menampilkan dirinya sebagai seorang Islam waraq atau berpura-pura dengan menjadi Imam atau membaca doa. Baginya dia adalah seorang fundalmentalist. Namun Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa adalah merupakan cetusan ideanya yang kemudiannya diakui Anwar sebagai idea-ideanya sendiri.

Abdullah
Pak Lah tiba-tiba berani memperkenalkan Islam Hadhari' yang amat kontroversi dan itupun datang dari penasihat agamanya. Tidak cukup dengan itu, Pak Lah sering menjadi imam sembahyang berjemaah yang gambarnya dipamerkan di muka depan akhbar-akhbar utama. Potretnya yang sedang mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding pejabat. (Jangan lupa Anwar juga sering menjadi imam sembahyang apabila baru-baru berpindah kementerian dan menjadi TPM!).
Potretnya yang sedang mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding pejabat.

4. Menghadapi Aduan

Mahathir
Mahathir biasannya mendengar aduan dari orang-orang politik atau perniagaan yang menemuinya dengan tenang dan tanpa sebarang emosi atau komen. Biasanya juga dia akan minta bukti yang lebih lengkap. Tidak berapa lama lepas itu, pengadu dapat tahu isu atau aduan berkenaan telah diberi perhatian dan tindakan diambil oleh pihak berkenaan.

Abdullah
Pak Lah akan mendengar aduan seseorang dengan penuh teruja dan merangsang si pengadu. Beliau sering memberi komen, "Macam mana boleh jadi macam ni? Mengapa tak bagi tau Pak Lah lebih awal? Ini kita tak boleh biar" dan sebagainya. Si pengadu seronok dan merasai masalah berkenaan telah separuh selesai. Namun bila ia pulang isu tersebut jadi terperap dan tidak ada sebarang tindakan yang diambil Pak Lah. Dia hanya melaku satu political public relations. Itu sahaja.

5. Menghadapi Cadangan Perniagaan

Mahathir
Meneliti cadangan atau proposal perniagaan. Dia akan menggariskan segala fakta-fakta penting dan menandakan mukasurat?mukasurat yang berkaitan.
Dalam masa paling lewatnya seminggu kertas cadangan tersebut akan turun ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) di JPM. Sekiranya EPU mengatakan 'Cadangan ini baik, tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya' ,
Mahathir mengarahkan EPU untuk 'cari wang'. Dengan itu pegawai-pegawai di EPU akan bergegas membuat perkiraan dan congak bagi mempastikan wang diperolehi dari pelbagai saluran kewangan kerajaan. Mahathir mahu cadangan itu dilaksanakan bagi menjana kegiatan ekonomi seperti yang lazim dilakukannya.

Abdullah
Ramai yang tidak tahu apa Pak Lah buat dengan cadangan-cadangan yang dihantar kepadanya. Kalaupun diturunkannya kepada EPU dan EPU jawab 'Cadangan ini baik, tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya'. Pak Lah akan jawab balik, 'Tak ada wang tak payah buat'.
Maka cadangan berkenaan akan mati terus di situ. Pegawai EPU tidak perlu lagi pening kepala untuk usaha mencari wang kerana PM mereka juga tidak mahu pening-pening kepala. Keputusan untuk tidak payah buat ini akan bertuah jika dibuat dalam masa sebulan atau dua bulan. Tetapi apa yang berlaku ialah ia mengambil masa berbulan-bulan malah dalam banyak keadaan kertas cadangan itu entah hilang kemana, bak kata pepatah Inggeris, Gone with the wind.

6. Pengurusan Waktu

Mahathir
Mahathir dikenali sebagai seorang yang dispilin dengan waktu. Beliau selalu tiba di pejabatnya selewat-lewatnya 7.45 pagi setiap hari. Dia tak pernah lewat menghadiri mesyuarat yang dipengerusinya. Kalau dia terlewat 10 minit pun dia akan memohon maaf. Tetamu-tetamu yang buat temujanji dengannya tidak perlu menunggu berjam-jam. Kalau janji lima belas minit, lima belas minitlah masa yang dibenarkan bertemu dengannya. Maka tetamu-tetamu kemudian tidak perlu duduk berlegar-legar di bilik tetamu atau berlepak di bilik setiausaha-setiausa hanya sementara menunggu giliran.

Abdullah
Pak Lah pula terkenal sebagai seorang yang amat tidak tahu mengurus waktunya dan amat berlawanan dengan Tun dalam hal ini. Lewat sejam atau dua jam dalam mempengerusi mesyuarat kabinet dan post kabinet bukan lagi perkara luar biasa, malah menjadi bahan rungutan dan ketawa ahli kabinet dan pegawai-pegawai kerajaan. Bukan juga luar biasa bagi orang-orang yang membuat temu janji dengannya menunggu sampai 5 hingga 6 jam di pejabatnya!
Masalah ini memberi kesan besar kepada pegawai-pegawai kanan yang mahu berjumpa Pak Lah untuk mendapat keputusannya. Disebabkan kadangkala mereka tidak dapat bertemu dengannya maka mereka terpaksa berbaris menunggunya di mesyuarat post kabinet untuk mendapat keputusan dan tandatangan beliau.
Fikirlah apa jenis keputusan yang beliau buat apabila beliau tidak sempat membaca dan meneliti kertas-kertas yang duhulurkan kepadanya secara tergesa-gesa itu.

7. Memenuhi Jemputan Majlis

Mahathir
Apabila menerima sebarang jemputan rasmi atau peribadi, Mahathir akan segera jawab boleh atau tidak boleh hadir. Kalau dia kata boleh, maka dia tetap akan hadir sebagai menunaikan janjinya. Kalau tak boleh, maka awal-awal lagi dimaklumkan pejabatnya bagi menyenangkan penganjur mencari ganti.

Abdullah
Pak Lah sebaliknya, apabila menerima jemputan akan lambat memberi jawapan sehingga menyusahkan pihak penganjur dari segi mencetak buku program, menyusun peraturan protokol dan sebagainya. Dan apabila memaklumkan tidak boleh hadir di saat-saat akhir, penganjur majlis macam nak gila kena cari penggantinya.
Dalam pada itu bukan sekali dua Pak Lah janji untuk hadir, tiba-tiba di saat-saat akhir tidak boleh dan meminta wakil dari kalangan menteri-menterinya hadir. Bayangkan persiapan yang telah dirancang berbulan-bulan bagi meraikan seorang Perdana Menteri. Harapan penganjur berkecai kerana hampa dengan seorang 'alim' yang memandang ringan dengan janji-janjinya.

8. Membuat Keputusan

Mahathir
Mahathir seperti yang diketahui ramai tegas dalam keputusannya. Sebagai seorang manusia keputusannya mungkin silap, tetapi dia terus juga buat, kerana baginya lebih baik buat keputusan yang silap dari silap kerana tak buat apa-apa keputusan. Namun sebagai seorang doktor, sebelum sebarang keputusan dibuat, beliau akan pastikan segala maklumat atau bukti telah diperolehinya agar keputusan tersebut menjadi sebaik mungkin

Abdullah
Pak Lah nampaknya tidak begitu berani buat keputusan kerana takut silap dan takut tidak popular. Apa-apa keputusan yang mahu dibuatnya dia lebih cenderung untuk mengambil hati pihak-pihak tertentu. Takut buat keputusan dan mengubah-ubah keputusan merupakan satu kelaziman Pak Lah yang diketahui seluruh negara. Contoh klasik ialah keputusan membatalkan projek Jambatan Bengkok. Mula-mula setuju. Malah selepas beberapa jam mengatakan kepada Syarikat Gerbang Perdana, projek ini Pak Lah gerenti akan laksanakan, tiba-tiba diumumkan batal!

9. Menghadapi Wawancara Media

Mahathir
Apabila Mahathir, semasa menjadi PM, diwawancara beliau merupakan favourite penonton. Isi wawancaranya bernas dan penuh maklumat. Seperti kata Inggeris he says what he means and he means what he says. Noktah.

Abdullah
Pak Lah pula bila diwawancara sering menampakkan beliau tidak cukup maklumat dan terpaksa berdolak dalik. Dalam kes ECM Libra mengambilalih Avenue Capital Resource, beliau pernah menjawab Saya tidak tahu, saya tak terlibat. Dalam kes Scomi pula yang melibatkan anaknya, beliau dengan mudah mengatakan Scomi tidak mendapat sebarang projek di dalam negara. Sedangkan ramai yang tahu jenis-jenis projek dalam negara yang diperolehi Scomi. Wawancara terakhir beliau dengan Dato Annuar Zaini boleh dikatakan menimbul lebih banyak persoalan dari jawapan.

10. Campurtangan ahli keluarga dalam pentadbiran dan politik

Mahathir
Walaupun pernah dikatakan Toh Puan Dr Siti Hasmah mempengaruhi keputusan-keputusan Mahathir, hal ini tidak ketara dan kalau ada pun dalam urusan-urusan kecil sahaja. Manakala anak menantunya boleh dikatakan tidak langsung ambil tahu mengenai hal-hal pentadbiran negara. Pernah diceritakan apabila anak-anak beliau mahu dicalonkan bertanding mana-mana jawatan parti, tidak kira rendah atau tinggi, Mahathir akan menghalangkannya. Dia tidak mahu mereka terlibat semasa dia memegang jawatan Presiden parti.

Abdullah
Campurtangan ahli keluarga Pak Lah amat jelas. Anak menantunya turut serta dalam urusan Pak Lah membuat keputusan. Walaupun letih Pak Lah menafikannya tidak sesiapa yang percaya kerana apa yang dikatakannya lain dari apa yang dialami mereka yang berkenaan. Penyingkiran Tan Sri Isa Samad dari jawatan parti dan kerajaan, jelas dikatakan hasil manipulasi Khairy.

Penutup

Kesemua di atas adalah sebahagian kecil perbandingan yang diketahui penulis mengenai Mahathir dan Pak Lah dari segi pentadbiran dan kepimpinan mereka berdua. Manakala markah diberi mengikut penilaian bebas oleh sekumpulan pemerhati.

Mahathir menunggu lebih dua tahun selepas persaraannya untuk meluahkan perasaan ketidakpuasan hatinya kerana beliau merasai dirinya telah dikhianati, amanatnya tidak diambil hirau oleh penggantinya.

Beliau menunggu dua tahun kerana beliau mahu mengutip sebanyak mungkin bukti. Mahathir tidak akan bercakap kosong. Dari dahulu lagi beliau arah orang cari bukti yang lengkap atas aduan yang mereka buat. Takkanlah beliau sendiri mengkritik kosong tanpa sebarang bukti sekarang ini.

Perbandingan ini bukan bertujuan mahu mencadang diletakkan semula Mahathir ke tempat yang telah diserahkan kepada penggantinya itu. Hanya pandai-pandailah kita menilai kepimpinan yang ada sekarang ini dan tanyalah diri mampukah kepimpinan ini membawa negara ini ke arah kecemerlangan.

Mohd Harris bin Haji Ahmad Jaal
Lecturer cum Academic Consultant
FTMS College, 24-30, Jalan Hang Kasturi, 50000 Kuala Lumpur




Selamat Tinggal Kenangan (Kenangan Yang Terindah)

assalamualaikum...

mungkin antara kita tidak ada jodoh..

ayang terlalu kecewa dengan sikap abg..

maafkan ayg atas apa yang berlaku

ini bukan kehendak ayg tapi atas kehendak abg sendiri..abg yang memilih jalan ni..

ayg terlalu sedih..sehingga hari ni ayg x dapat seseorang yang betul2 cintakan ayg..dan ikhlas terhadap ayg..ayg x sangka ayg ni hanya untuk dipermainkan oleh seorang lelaki seperti abg..

abg jangan nak berdalih dan jangan sesekali mencari kesalahan ayg..lebih baik abg fikir apa yang abg lakukan terhadap ayg..

ayg x nak apa2 penjelasan daripada abg cukupla sehingga ari ni abg dah menyakikiti hati ayg..jangan abg cakap ayg x mampu untuk memahami abg..dan jangan abg salahkan ayg kerana ayg tak mempercayai diri abg..

selama ini ayg cukup bersabar dengan abg..sikap abg yang x pernah menghargai ayg..x pernah nak menghormati ayg..x pernah nak bersyukur apa yang abg ada skang..

baru ayg sedar kewujudan ayg di sisi abg hanya sebagai sandaran..hanya untuk dipermainkan...ayg rasa ayg la perempuan yang paling malang sekali kat dunia ni kerana mencintai abg.kalau dapat diputarkan waktu ayg x nak terima abg sebagai kekasih ayg..ayg x nak mengenali abg..

cukupla apa yang berlaku selama ini..ayg dah tak sanggup untuk terima semua ni..apa yang abg lakukan terhadap ayg...ayg xkan maafkan abg hingga akhir hayat ayg..ayg terlalu kecewa dengan abg..

abg jangan cakap ngan ayg abg xde perempuan lain selain ayg..abg jangan cakap ngan ayg abg x pernah curang ngan ayg lagi...abg jangan cakap abg dah x tipu ayg lagi..ayg x nak dengar semua itu sebab ayg dah tau kenyataannya..abg sanggup tipu ayg.ayg x tau apa motif sebenar abg..abg tau apa yang abg inginkan..

lepas ni buat la sesuka ati abg..abg x perlu bagitau kemana abg pergi..abg x perlu lagi minta izin daripada ayg. lagi.sume abg boleh buat sesuka ati abg.ayg dah x nak amik tau lagi apa abg buat.ayg dah kecewa dan ayg dah give up.dan lagi satu lepas abg mmbaca e-mail ni jangan sesekali panggil ayg ni dengan panggilan 'AYANG' lagi..sebab bagi ayg panggilan tu dah x mmberi apa2 makna dalam hdp ayg.

skarang ni ayang x mampu nak cakap apa yang ayg pendamkan selama ini.hati ni dah cukup perit untuk terima segalanya.cukupla setakat ni abg mempermainkan ayg..ayg harap lepas ni abg jangan ganggu ayg lagi.

SELAMAT TINGGAL!!!....

insan kecewa

ViewFriday, March 11, 2005 5:06:29 PM



Love Letter for You





English Premier League

free download

Here In My Home

free download